June 19, 2017

Gula Putih Mengundang Bahaya Pada Kesihatan

Hari Raya bakal menjelang tiba 


Seminggu lagi umat Islam keseluruhannya akan mula menyambut Hari Raya Aidilfitri , InshaAllah. Paling best bila teringat balik zaman kanak-kanak dulu. Daripada persiapan baju raya, biskut raya, kuih muih hampir semua disediakan sendiri dalam kalangan keluarga. Tak sabar nak raya kan ??

Selain daripada perkara-perkara asas kelengkapan raya, paling penting juga dua tiga peket gula kena juga la disediakan. Ingat masa dulu-dulu mak mesti suruh masak AIR GULA. 

Senang katanya nanti tetamu datang bancuh air terus tuang jela dalam air kordial. Bila ingat balik, air kordial dah la sedia manis, tambah lagi air gula penyedap rasa, MasyaAllah. !

air kordial di masa raya

Dan paling susah rasa nak kawal anak-anak kita daripada minum air manis secara berlebihan. Bila dah tiba saat kunjung mengunjung tu, kita sibuk dengan tetamu, yang si kecil sibuk tambah dua tiga gelas air kordial/ karbonat. 

Kalau tak disediakan macam mana pula kan? Jadi, itu lah antara dilema-lema masyarakat kita terutamanya nak ber'perang' dengan MANIS. Gula putih.

Bagaimana Gula Putih Mengundang Bahaya Pada Kesihatan?


Menurut Sinar Harian , sejarah gula di  negara Malaysia hanya bermula selepas era penjajahan British yang membawa produk ini ke negara kita. Sebelum abad ke-18, manusia hanya menggunakan madu sebagai pemanis dalam makanan atau minuman. Tebu dimakan secara terus untuk merasa kemanisannya.

Menurut kajian saintifik, terdapat lebih kurang 60 jenis penyakit kronik seperti kencing manis, kegemukan, darah tinggi, masalah kolesterol, sakit jantung, strok, masalah buah pinggang, osteoporosis dan pelbagai lagi dikaitkan dengan gula putih sebagai puncanya.

"Pakar pemakanan yang terkenal, Dr William Coda Martin labelkan gula sebagai ‘racun putih’ pada tahun 1957. 
Menurutnya gula merupakan punca kepada pelbagai penyakit kronik kerana gula ialah karbohidrat tulen tanpa vitamin dan zat mineral. 
Oleh itu, gula akan ‘melahap’ vitamin dan garam mineral yang sangat berharga daripada tubuh manusia semasa proses metabolisme tubuh. " sumber

 

Antara Lain-lain Keburukan Gula ialah :

  • Melemahkan sistem imunisasi (melawan penyakit).
  • Menganggu imbangan galian dalam tubuh.
  • Menyebabkan kanak-kanak menjadi hiperaktif, gelisah dan nakal.
  • Menyebabkan kanak-kanak rasa mengantuk dan mengurangkan kecergasan.
  • Menjejaskan pencapaian kanak-kanak dalam pelajaran.
  • Meningkatkan paras trigliserid.
  • Melemahkan daya tahan tubuh terhadap jangkitan bakteria.
  • Merosakkan buah pinggang.
  • Mengurangkan kolesterol yang baik (HDLs).
  • Mengalakkan pertumbuhan kolesterol bahaya (LDLs).

Amalan hidup yang lebih sihat, kurangkan gula :

  • Antara kempen kesedaran yang dijalankan dengan giat oleh KKM antaranya ialah menggalakkan masyarakat menjaga diet dengan mengurangkan pengambilan gula dan karbohidrat yang diproses. 
  • Selain itu, juga digalakkan setiap individu melakukan aktiviti fizikal seperti bersenam dengan lebih kerap dalam seminggu.
  • Gunakan penganti gula putih dalam makanan seperti stevia tulen, madu secara terkawal.


Hubungi saya Haulia Pengedar Shaklee Malaysia

COD area Bandar Putra, Senai, UTM Skudai dan kawasan sekitarnya.
Perkhidmatan pos ke seluruh Malaysia termasuk Sabah & Sarawak
(PosLaju/Nationwide/Citylink/GDEX)
Follow FB : haulia.razali
CLICK SINI : +60129054745   

June 03, 2017

Bengkel Nutrisi Shaklee Untuk Pengedar yang Lebih Berilmu

Selalunya bila kita nak beli suplemen, kita ambil atau order dan bayar. Kita bawa pulang atau dapat lepas COD @ POS , kita mula makan. Adakala nya kita sendiri pun tak pasti samada suplemen yang kita beli tadi sebenarnya sesuai atau tidak dengan kita kan?

Tapi, berbeza dengan suplemen Shaklee dengan Pengedarnya yang berilmu, bila sekali customer dah beli, kita akan consult. Tunjukkan cara makan yang betul. Bila masanya yang sesuai nak ambil. Kena follow up lagi berkesan ke atau dah expired masih di makan. Begitu kan? biasanya begitu la. 

Pengedar Shaklee Asyik Promote Produk je ?



Tapi kita pun fikir lagi, asyik promote Shaklee je ! 

Macammana pengedar nih yang asyik jual sahaja boleh suka-suka nak consult cara makan suplemen ? Betul ke dia nih? Ada juga kan terlintas. Betul?



Di Shaklee, bukan setakat di ajar nak buat jualan semata-mata. Bengkel-bengkel nutrisi hampir berkala diadakan untuk pengedar baru dan lama. Update dan refresh ilmu pengetahuan tentang nutrisi dan produk. 

Bukan la orang biasa yang bagi ceramah dan bimbingan, semestinya Registered Nutritionist, dan juga golongan yang pakar dalam bidang nutrisi. 

Juga, produk Shaklee disokong oleh 125 pembentangan dan terbitan kertas saintifik yang menunjukkan bahawa ia membawa perubahan kepada kesihatan kita ke arah yang lebih baik. Antara kajian yang telah dijalankan adalah LANDMARK STUDY , iaitu salah satu kajian mengenai manfaat juga risiko dari pengambilan suplemen dalam jangka masa yg lama. 

Bengkel Nutrisi saya pernah hadiri di Johor Bahru bersama upline, alhamdulillah banyak sangat ilmu berguna mengenai produk dan nutrisi. 


Suplemen bukan Ubat


Paling penting sekali ialah suplemen Shaklee ini bukan la UBAT yang dapat menyembuhkan penyakit. Ianya merupakan makanan tambahan yang dapat memberi manfaat yang boleh membantu menambahbaik taraf kesihatan luaran ataupun dalaman.

Semoga kita semua dapat menfaatkan sumber makanan tambahan atau suplemen yang sesuai dengan keadaan dan keperluan tubuh masing-masing. 

Terima kasih pada yang masih setia dengan Shaklee. Jika ada soalan yang berkenaan jom jangan segan hubungi saya.


Hubungi saya Haulia Pengedar Shaklee Malaysia

COD area Bandar Putra, Senai, UTM Skudai dan kawasan sekitarnya.
Perkhidmatan pos ke seluruh Malaysia termasuk Sabah & Sarawak
(PosLaju/Nationwide/Citylink/GDEX)
Follow FB : haulia.razali

CLICK SINI : +60129054745  


Nota :

Layari healthresource.shaklee.com untuk lampiran lengkap penyelidikan yang ditaja oleh Shaklee.

May 26, 2017

Apa Tujuan Nya Hidup

Dugaan Datang Melanda


Minggu nih  banyak juga perkara yang berlaku ,dengan handphone jatuh LCD rosak, macam2.

Aisyah pun tak sihat nak exam lagi. Danial juga sama.

Jadi, dalam kalut-kalut meniti hidup saya tanya kan pada rakan seperjuangan.

" Apa tujuan nya hidup? Apa yang buat kau rasa happy?

Lalu, jawapan nya paling simple tapi terus menusuk dalam hati.

" Aku nak hidup bahagia dalam rahmat Tuhan..Betul, itulah yang paling aku nak.."

Seolah terpana, macam masa terhenti sekejap di depan saya.

Itu la dia harapan untuk hidup yang sebenar-benarnya. 

Saya kira kadangkala bila terlalu mengejar matlamat dan harapan sendiri kita jadi lupa, 

lupa pada yang Maha Pencipta. Yang mengabulkan harapan dan yang memberikan ketenangan.

Jadi, mungkin dalam kekalutan saya sendiri hilang punca, termenung terbawa hati.


Jadi, semoga Ramadhan yang bakal tiba saya harapkan ketenangan itu menjadi milik saya.

Berharap hanya padaNya, berdoa hanya pada Dia. Yang Maha Kuasa.




Salam Ramadhan dari saya Haulia Razali

 Semoga Ramadhan kali ini juga lebih baik dari yang sebelumnya, Aminn. 

InshaAllah.


May 24, 2017

Kurangkan Masalah Sakit Sendi dengan Kolagen

Apakah itu kolagen ?


Kolagen merupakan sejenis protin yang penting untuk tisu sokongan dalam badan manusia. Lebih kurang 30% daripada keseluruhan protin di dalam badan adalah merupakan daripada bentuk kolagen. 

Ianya menyokong sebahagian besar sel-sel yang memberikan struktur, kekuatan dan keanjalan kulit dan juga tisu badan.

Kolagen Shaklee adalah antara yang paling tulen dan mudah diserap oleh tubuh.

Fungsi Kolagen dalam Mengurangkan Sakit Sendi : 


  • Kolagen juga adalah komponen penting dalam tisu dan tulang rawan yang sangat diperlukan untuk kesihatan sendi. 
  • Pergerakan sendi yang optimum adalah hasil daripada sendi yang lembut, tisu sendi yang sihat serta anjal. 
  • Mengikut beberapa kajian, pengambilan kolagen boleh menyumbang kepada kesihatan sendi dengan membantu meningkatkan pemulihan selular dan juga merangsang pertumbuhan tisu tulang rawan sendi baru.

Testimoni Kolagen Untuk kesihatan Sendi dan Tulang: 

Testimoni #1 :

" Slip disc mak semakin berkurangan selepas amalkan kolagen.."




Testimoni #2 :

" Mak dah takde lagi sakit sendi, pigmentasi, juga eyebag.."



Antara Kesan Kemerosotan Kolagen Dalam Tubuh seperti;

  • Tulang kekurangan kalsium & risiko osteoporosis 
  • Kulit otot kendur & hilang keanjalan 
  • Sakit sendi & penuaan 
  • Rambut kering dan bercabang
  • Pori besar, jeragat hitam dan bintik-bintik 
  • Kulit mula berkedut 
  • Penglihatan mata akan kabur 
  • Payudara hilang keanjalan 
  • Kuku mudah pecah dan kurang bersinar

Jika anda ada alami tanda-tanda di atas kemungkinan anda sedang alami kemerosotan kolage. Selain utk anjal sana sini, kulit cantik gebu gebas, kolagen juga membantu menambah baik kesihatan SENDI kita juga tau.



Hubungi saya Haulia Pengedar Shaklee Malaysia

COD area Bandar Putra, Senai, UTM Skudai dan kawasan sekitarnya.
Perkhidmatan pos ke seluruh Malaysia termasuk Sabah & Sarawak
(PosLaju/Nationwide/Citylink/GDEX)
Follow FB : haulia.razali


CLICK SINI : +60129054745  

Klik sini untuk belian Collagen Powder terus dari SHAKLEE HQ.



May 22, 2017

Penuaan Sihat dengan Vivix

Adakah badan anda telah menjadi tua sebelum waktu nya? 


Maksud penuaan sihat adalah, sebagai contoh badan anda berfungsi secara optimum pada setiap peringkat umur. Jika anda telah mengalami penuaan yang tidak sihat contoh, mengalami masalah tulang reput pada umur 20-an akibat kekurangan kalsium kerana tidak mengamalkan gaya hidup yang tidak sihat.

Kesan dari Penuaan yang tidak sihat seperti: 

  • Cepat jatuh sakit dan tidak aktif
  • Peningkatan berat badan secara mendadak,
  • Memori yang semakin lemah sebelum waktunya 
  • Tulang rapuh, kesihatan sendi merosot dan sebagainya.
Kajian juga telah mendapati bahawa penuaan bermula dengan sel-sel badan kita sendiri. Sel-sel badan kita yang berterusan rosak kerana pendedahan kepada radikal bebas dan toksin. 


Bagaimana Kandungan UTAMA dalam sebotol VIVIX boleh membantu anda?


Radikal bebas boleh merosakkan komponen sel seperti DNA serta boleh mengakibatkan keradangan, sekali gus menyumbang kepada penuaan selular.  

Resveratrol dan polifenol telah ditunjukkan untuk melawan radikal bebas dan melawan proses penuaan pada tahap selular. 

Resveratrol dan polifenol terdapat dalam Vivix Shaklee

Kajian makmal mencadangkan bahawa campuran polifenol daripada anggur Muscadine, Polygonum Cuspidatum, Purple Carrot dan European Elderberries boleh:
  • Membantu sel anda untuk melindungi serta membaiki DNA dan menentang radikal bebas,
  • Melambatkan pembentukan protein AGE merosakkan yang boleh membawa kepada penuaan selular,
  • Membantu meningkatkan kesihatan telomeres yang melindungi kromosom.


sumber : [1] , [2]

Jika anda berminat untuk dapatkan VIVIX hubungi saya seperti dibawah:


Hubungi saya Haulia Pengedar Shaklee Malaysia

COD area Bandar Putra, Senai, UTM Skudai dan kawasan sekitarnya.
Perkhidmatan pos ke seluruh Malaysia termasuk Sabah & Sarawak
(PosLaju/Nationwide/Citylink/GDEX)
Follow FB : haulia.razali

CLICK SINI : +60129054745  

May 15, 2017

Kelebihan Set Detox Shaklee

Kenapa Mesti Set Detox Shaklee ?



Badan kita terdedah setiap hari dengan toksin dari alam sekitar, nutrisi yang tidak lengkap dari pemakanan dan tekanan hidup. Set Detox Shaklee berfungsi secara keseluruahan untuk membuang toksin berlebihan yang gagal disingkirkan oleh organ yang mungkin kurang efisien.

Ini kerana mungkin kandungan toksin dalam badan yang terlampau banyak, juga atas dasar faktor lain seperti tubuh badan yang semakin berusia serta faktor amalan pemakanan yang tidak sihat.

Antara Kebaikan Set Detox Shaklee yang lebih menyeluruh ini ialah: 

  • Program Detok Shaklee bantu buang toksin secara keseluruhan dalaman badan.
  • Kita akan dapati badan lebih bertenaga dan tidak lesu.
  • Memberikan perubahan yang positif terhadap sistem penghadaman dan usus yang lebih sihat
  • Nafas lebih segar dan tidak berbau 

Testimonial Detox Shaklee




Dengan Set Detox Lengkap ini , secara automatik anda akan dapat menikmati KEAHLIAN percuma Shaklee. Ya! Anda tak perlu bayar bayaran pendaftaran lagi . Best kan? 

Yang pasti juga , Kelebihan Set Detox ini ialah anda pasti dapat kurangkan jerawat serta menurunkan berat badan.

Hubungi saya Haulia Pengedar Shaklee Malaysia

COD area Bandar Putra, Senai, UTM Skudai dan kawasan sekitarnya.
Perkhidmatan pos ke seluruh Malaysia termasuk Sabah & Sarawak
(PosLaju/Nationwide/Citylink/GDEX)
Follow FB : haulia.razali

CLICK SINI : +60129054745  

Jenis Penyakit Tiroid Yang Perlu Anda Tahu

Tahukah anda? Penyakit tiroid boleh membawa kepada kematian jika tidak dirawat segera.

Sumber : [2]


Antara Penyebab Penyakit Tiroid adalah:

Jenis utama penyakit tiroid adalah kadar hormon tiroid yang terlalu tinggi atau rendah dalam tubuh kita. Hal ini dapat disebabkan oleh pelbagai faktor antara nya ialah:

  • Masalah pada kelenjar pituari di otak.
  • Kelenjar tiroid yang rosak contohnya terdedah kepada kesan radiasi,
  • Pengaruh ubat-ubatan yang mengandungi litium,
  • Kadar iodin yang berlebihan dalam tubuh.

Antara jenis penyakit Tiroid yang perlu anda tahu :

1- Hipertiroidisme (keadaan tiroid terlalu aktif) adalah ketika kelenjar tiroid menghasilkan terlalu banyak hormon tiroksin. 
Antara gejala Hipertiroidisme adalah ; 
  • Metabolisme badan anda akan jadi lebih cepat dengan ketara, 
  •  Bengkak di leher,
  • Keadaan ini juga akan menyebabkan secara tiba-tiba anda kehilangan berat badan, 
  • Selain itu kadar denyutan jantung juga menjadi lebih cepat atau tidak teratur, 
  • Lebih kerap berpeluh, 
  • Rasa cemas atau cepat marah.

2- Hipotiroidisme berpunca kerana hormon tiroid dikeluarkan lebih rendah. Badan kita perlukan jumlah tertentu hormon tiroid, namun penurunan dalam pengeluaran hormon membawa kepada penurunan paras tenaga badan.
Antara gejala Hipotiroidisme adalah ;
  • Kelelahan dan lemas. 
  • Depresi. 
  • Denyut jantung yang lambat. 
  • Berat badan naik tanpa sebab yang jelas. 
  • Tidak tahan terhadap suhu dingin. 
  • Otot lelah dan sakit. 
  • Kulit kasar dan kering. 
  • Wajah bengkak.

Kesan daripada Penyakit Tiroid terhadap Pesakit :

  • Hipotiroidisme boleh meningkatkan tahap kolesterol dan membuat anda lebih cenderung untuk mempunyai strok atau serangan jantung,
  • Hipertiroidisme yang tidak dirawat boleh menyebabkan masalah jantung yang serius dan tulang rapuh.


Kebaikan Resveratrol Terhadap Pesakit Tiroid : 


Vivix mempunyai 10x ganda resveratrol dan merupakan antara suplemen terbaik untuk pesakit tiroid.  Malah, vivix juga merupakan suplemen anti-oksida dan anti-penuaan no.1 di dunia. 

Kandungan resveratrol yang tinggi di dalam vivix ini boleh membantu pesakit tiroid dengan meningkatkan rembesan TSH melalui pengaktifan enzim sirtuin (SIRT1), phosphatidylinositol, fosfat dan kinase yang akhirnya memberikan kesan baik ke atas metabolisme badan pesakit.




Jika anda berminat untuk dapatkan VIVIX untuk masalah penyakit tiroid, hubungi saya seperti dibawah:


Hubungi saya Haulia Pengedar Shaklee Malaysia

COD area Bandar Putra, Senai, UTM Skudai dan kawasan sekitarnya.
Perkhidmatan pos ke seluruh Malaysia termasuk Sabah & Sarawak
(PosLaju/Nationwide/Citylink/GDEX)
Follow FB : haulia.razali

CLICK SINI : +60129054745  

sumber : [1]

Categories

alpha lipid SDII murah Amanah Allah aneamia Antioksida antioksidan arteri tersumbat banner percuma bell palsy bell's palsy Bercuti ke Bukittinggi bercuti ke jakarta chewable vitamin c chicken pox Collagen CoQ Heath Plus demam demam campak detox DTX Complex ESP ESP Shaklee Euphoria Shaklee NDT 2017 Garlic gastrik GLA Complex Herb-lax herbal blend ikhtiar doa sembuhkan patah tulang ikhtiar pulihkan gastrik immune system iron Join ahli shaklee join shaklee Joint Health Tablet journey to the East kahwin Kebaikan ostematrix shaklee kehamilan KENCING TIDAK LAWAS kencing tikus Keracunan Makanan Kesihatan Hati kesihatan ibu hamil Kesihatan jantung kesihatan tulang. kebaikan kalsium khasiat bawang putih Kota Kinabalu kulat air Kulit cantik kurang bertenaga kurang darah Kurangkan Bengkak Susu kurus Landmark Study lawas Lecithin Leptospirosis Melawat Yogyakarta Indonesia mengandung Mighty 3 Gems minyak ikan Monolog Motivasi murah Naikkan traffic blog Omega Guard Padang Indonesia patah dan retak tulang tulang Peluang Biz Online pengajian Pengedar Shaklee kulai Pengedar Shaklee Kulai dan skudai Penuaan Sihat Performance Drink Performance Drink (PD) petua naikkan like Promosi Shaklee Mei 2017 rehydrates Resdung ruam panas SAKIT KEPALA sakit lutut sakit sendi SAKIT SENDI DAN LUTUT sambal udang sedap sembelit senggugut SEO SET BERPUASA Set Detox set hamil Set Kulit cantik Set menyusu SET PENYUSUAN shaklee slim dengan shaklee Slip Disc SR Vitamin C Supplement Set untuk student Testimoni ostematrix shaklee Tiroid Training dan seminar vita-lea vitamin E Vitamin shaklee Vivix Xi'an China zat besi