Powered by Blogger.

Cabaran menjadi seorang student

Hari ni nak cerita pasal jadual kelas yang semakin padat semester ni. Penat makkk !..haha..dah masuk minggu ke-3 pun tapi jadual pun masih tak updated. 

Ada juga yang mencadangkan supaya tukar masa kelas dan sebagainya yang masih belum confirm lagi sebab lecturer tak datang.. Projek master satu pun dah register. 

Nak buat casting kononnye saya ni..hehe..harapan supaya berjaya habiskan dengan baik. 



Pada kawan-kawan di luar sana, menyambung pengajian ke peringkat yang lebih tinggi memang perlukan pengorbanan yang kadang2 kritikal juga. Kalau plan nak ambil fulltime kena la lepaskan kerja tetap. Kena fikir kan tentang ekonomi keluarga juga boleh ke support semua kan? 

Kena berbincang jika dah berkahwin, keputusan bukan lagi hak kita seorang. Kita adalah hak suami dan anak. Balik kelas pun kalau dah start study tu tak boleh la ambil masa kita dan keluarga sepenuhnya untuk study, kita kena juga luangkan masa bersama mereka. 

Hakikatnya mungkin suami atau anak kita faham tentang kita yang nak kena ulangkaji ni, tapi kita faham juga tak hak mereka untuk kasih sayang kita. 

Memang kadang-kadang kita akan rasa marah bila di ganggu, esok nak exam anak pulak sibuk ajak main bola..Aduhai..ada yang radikal terus tutup pintu sebab nak study punya pasal. Tapi sedarkah kita , anak yang tadi jika kita layan sebentar apa salahnya. 

Seharian ke kelas, dia di taska bila balik kita masih dengan hal (study) kita yang tak abis2. Jika anda seorang muslim, sentiasa berpegang kepada janji Allah yang memberikan balasan baik jika kita yakin pada takdirNya. Mengikut pengalaman saya sendiri, jika saya abaikan anak saya untuk study sejurus selepas balik ke rumah, maka apa yang saya baca tadi tak begitu lekat. 

Kemudian saya ubah cara, saya luangkan masa saya untuk keluarga saya dari makan malam sampai saya tidurkan anak saya. Kemudian saya baca sedikit nota sebelum tidur.

Saya bangun agak awal, luangkan masa sebentar untuk baca sebelum subuh..dan Alhamdulillah..Cara ini lebih menjadi. Saya masih ada masa untuk anak, suami dan juga pelajaran saya. Mungkin setiap orang lain cara nya . 

Tapi apa yang boleh saya tekankan di sini jangan abaikan keluarga kita. Meraka adalah anugerah Allah , amanah Allah untuk kita. Bukan setakat belajar sahaja. In shaa Allah, untuk semester ini saya akan lebih berusaha untuk berjaya. Doakan saya ye..

Nukilan hari ini...

P/S: Nak beli poduk SHAKLEE boleh sms/call/whatsapp saya:

H/P: 012-9054745 (saya pun masih ada masa untuk poskan order anda, in shaa Allah )





No comments