December 30, 2016

Tips Bercuti di Jakarta Indonesia

Assalamualaikum w.b.t dan salam Jumaat yang barakah. 


Lama bersarang sejak balik dari Jakarta lupa nak update blog nih. Alhamdulillah bulan ni dapat chance jalan-jalan ke Jakarta , kota metropolitan yang terkenal dengan 'Macet' nya..haha ! Macet tuh biasa penduduk sana cakap bila tiba soal jalan raya dia..Sini orang kata jemm . Yep betul sepanjang berada di kota Jakarta memang masalah utama dia ialah jalan jem. 

Kalau agak-agak nak jalan atau berliburan di sekitar kena betul-betul plan atau rancang masa korang. Taklah nanti terperangkap dalam kesesakan jalan kann..Betul tak? Betul !

Okey, kenapa la pergi Jakarta hari tu? Ini rahsia..haha..!

Back to our story and tips , first thing first kalau korang plan jalan sendiri maksud nya sampai sana baru plan untuk transport dan hotel, maka jawab nya teksi atau bas pilihan yang ok bergantung pada bajet juga ya.

Okey Jom baca lagi ;

...............................................................................................................

Teksi (Taksi) :

#1 : Teksi paling di percayai di kota Jakarta adalah dari rangkaian Blue Bird. (Warna biru teksi nya, kalau bajet lebih sukakan kemewahan boleh naik silver bird yang lebih exclusive gitu) 

(Paling murah dan reliable sebab guna meter , setakat December 2016, start harga 6500 Rp once kita dah masuk teksi dan jalan , jika guna dari aiport ke central dalam 170 k Rp - duit RM tukar sendiri ye ikut rate semasa)

Bas (Bis) :

#2 : Ada juga disediakan perkhidmatan bas (atau Bis term di sana ) jika anda turun dari Airport nak ke Central Jakarta , biasanya orang malaysia datang ke sana mesti nak singgah Tanah Abang - shopping ler kan apa lagi ..hehe

Jadi stesen bus ada di hujung sekali airport tuh ,kena berjalan sikit. Dalam 40k Rp dah boleh sampai Jakarta Pusat (central). Tapi bas kan hanya berhenti di stesen yang termaktub dalam tiket tu, so make sure korang pasikan beli la tiket bas yang betul ke tuju destinasinya, alrite?

Naik bas digalakkan sebab kalau beg tak banyak , lagi la cepat sikit sampai ke central sebabnya bas ada laluan sendiri jadi tak sangkut dalam jem berbanding ambil teksi. - Ni boleh jimat masa.


Ni la tiket bas yang kiteorg naik masa tuh
Ke Bandung:

#3:  Jika ada yang nak ke bandung dari Jakarta , Boleh dapatkan perkhidmatan bas dari Airport atau keretapi . Ikut konduktor bas tu beritahu dalam 3 ke 4 jam perjalanan . Mcm dari JB ke KL ye...hehe

Yang ni saya tak survey sangat sebab tak sempat dan tiada plan ke bandung untuk trip ni.

Hotel:

#4 : Hotel boleh prebooked dulu melalui Agoda, Hotel.com hehe . Biasa nya bayar ketika check-in.
Kami duduk hotel bajet ja sebab bukan nak lepak hotel sangat. Tapi WIFI memang power lajuu..Seronok mendownload ! Kami duduk dekat dengan Tanah Abang, sini dekat la nak pergi mana2 boleh jalan kaki kalau larat atau naik Bajaj (kenderaan 3 Roda untuk jalan dekat) 

Contoh dari hotel kami ke Grand Indonesia ambil masa 15 minit (dalam 5 KM) kos naik Bajaj (sebutan Bajai) dalam 20 k Rp ke 25 k Rp..Bergantung kepada kesesakan dan hemah tolak ansur pemandu Bajaj (minta tawar sebelum deal harga ,jangan LUPA ! )

inilah dia bajai itu..comel saje senang selit jalan sempit hehe
Makan:

#5 : Sini kalau dah ada di Jakarta kena la rasa Nasi Uduk, tapi tak rasa pun sebab masa tu prefer mee ayam Bakso yang glamour tu ..Siap kena makan guna chopstick..Kaku juga la tangan haaha!

Makanan InshaAllah banyak sangat pilihan dari Nasi Uduk, Ayat Penyet nya, A&W , KFC semua ada..Jadi jangan laa risau cuma nya perut tahan ke tak sahaja la. Firstimer , di nasihatkan makan la di tempat yang sesuai dan di yakini kebersihan nya..kang tak pasal2 duduk je la dalam bilik kan. 

Mee ayam Bakso sedapp sungguh

Suplemen (supplements) dan ubat-ubatan:

#6 : Bagi yang tak berapa pasti keadaan diri sendiri, maka saranan saya bawak je ubat -ubatan yang simple macam Gaviscon (jenis sachet tu dalam 2 3 sachets), guna nya bila angin satu badan datang..haha gurau jaa..bila perut masuk angin dah mula nak tanda-tanda nak gastrik tu cepat-cepat telan.

Kadang-kadang kita ni sibuk jalan , shopping last2 terlupa nak makan, atau lambat makan, lepas tu cari tempat makan tak sesuai pula tekak nya. 

Kalau saya, memang Ostematrix Shaklee saya simpan je dalam beg. Sumber kalsium saya masa malam dah balik hotel telan 4 biji , esok inshaAllah sengal-sengal badan jalan punya pasal, berkurangan... (whatsapp saya ye kalau nk cuba haha)

Inilah ostematrix yang ku bawa
Nanti nak jalan lagi kan? Kesihatan sepanjang berjimbaan di tanah orang pun kena jaga.

Lepas tu sumber gula, bila jalan kita guna tenaga dan sebabkan kita penat letih tak larat semua ada. Kalau jenis yang perut okey, boleh standby apa sahaja jenis air soda, atau yang berkaramel sebotol dalam beg agak-agak yang tak berapa berat sangat. 

Masa tenaga dah mula merudum tu sebelum sempat nak cari tempat makan, elok laa korang minum sikit sekurang-kurang nya takde yang meroyan kalau jalan dalam group..haha! kalau rajin boleh bawa ESP Shaklee sekali. Cepat lagi yang ni, mudah !

Ok rasa itu je la tips2 yang dapat nak share hari ni ..Jom komen sape yang dah ke Jakarta atau ingin ke Jakarta Indonesia kita share tips dan experiences.

Jangan lupa saya ye your trusted Shaklee Distributer...eheehe


+6012 9054745 Whatsapp/ Telegram

4 comments:

  1. Last masa sy pi sana masa tahun 2011 klu tak silap.. Hihi..lama kan.. Rindu nk pi sana minum air avocado die.. Sedap!

    ReplyDelete
    Replies
    1. bestt kan, tapi masa tu kami x sempat rasa air avocado tuh, inshaAllah lain masa nak try.

      Delete

Categories

alpha lipid SDII murah Amanah Allah aneamia Antioksida antioksidan arteri tersumbat banner percuma bell palsy bell's palsy Berat Berlebihan Bercuti ke Bukittinggi bercuti ke jakarta chewable vitamin c chicken pox Collagen CoQ Heath Plus Darah Tinggi demam demam campak detox DTX Complex ESP ESP Shaklee Euphoria Shaklee NDT 2017 Garlic gastrik GLA Complex Herb-lax herbal blend Hiking ikhtiar doa sembuhkan patah tulang ikhtiar pulihkan gastrik immune system iron Join ahli shaklee join shaklee Joint Health Tablet journey to the East kahwin Kebaikan ostematrix shaklee kehamilan KENCING TIDAK LAWAS kencing tikus Keracunan Makanan Kesihatan Hati kesihatan ibu hamil Kesihatan jantung kesihatan tulang. kebaikan kalsium khasiat bawang putih Kota Kinabalu kulat air Kulit cantik kurang bertenaga kurang darah Kurangkan Bengkak Susu kurus Landmark Study lawas Lecithin Leptospirosis Melawat Yogyakarta Indonesia mengandung Mighty 3 Gems minyak ikan Monolog Motivasi murah Naikkan traffic blog Obesiti Omega Guard Padang Indonesia patah dan retak tulang tulang Peluang Biz Online pengajian Pengedar Shaklee kulai Pengedar Shaklee Kulai dan skudai Penuaan Sihat PEPPERMINT GINGER PLUS Performance Drink Performance Drink (PD) petua naikkan like Potty training Promosi Shaklee Mei 2017 Promosi Shaklee November 2017 Protein Terbaik rehydrates Resdung ruam panas SAKIT KEPALA sakit lutut sakit sendi SAKIT SENDI DAN LUTUT sambal udang sedap sembelit senggugut SEO SET BERPUASA Set Detox set hamil Set Kulit cantik Set menyusu SET PENYUSUAN shaklee Shaklee Baby Shaklee Motivation Rally slim dengan shaklee Slip Disc SR Vitamin C Supplement Set untuk student Tasik Biru Kangkar Pulai Testimoni ostematrix shaklee The radiant 4 Tiroid Training dan seminar vita-lea vitamin E Vitamin shaklee Vivix Xi'an China zat besi