Powered by Blogger.

Cara Kurangkan Bengkak Susu


Bengkak susu terjadi apabila saluran susu tersumbat mengakibatkan susu tidak dapat dikeluarkan dan menyebabkan berlakunya radang dan seterusnya payudara akan membengkak. Lebih teruk lagi, kesan bengkak susu boleh menyebabkan ibu demam dan jangkitan kuman pada payudara.


Antara penyebab utama bengkak susu adalah;

  • Cara lekapan mulut bayi ketika menyusu yang tidak betul menyebabkan gangguan susu keluar.
  • Puting luka ketika tempoh penyusuan dan menyebabkan ibu takut untuk teruskan penyusuan terutamanya pada ibu-ibu yang pertama kali bersalin.
  • Kekerapan kurang bayi menyusu menyebabkan susu terkumpul dan menyebabkan bengkak susu.

Antara petua yang boleh mencegah dan mengelakkan terjadinya bengkak susu adalah;
  • Susukan bayi/anak anda sekerap yang mungkin.
  • Jika bayi kenyang dan tidak mahu menyusu, keluarkan susu dengan cara mengepam keluar susu dan dijadikan stok susu untuk masa diperlukan.
  • Sentiasa bersihkan puting susu selesai anak selesai menyusu untuk mengelakkan jangkitan kuman selain mengekalkan tahap kebersihan puting dan payudara.
  • Pilih bra yang sesuai,serap peluh dan juga tidak terlalu ketat sehingga boleh menyebabkan ketidakselesaan.

Pengalaman saya sendiri ketika melahirkan anak yang pertama dan kedua kena bengkak susu memang menyakitkan. Ketika itu, mak saya tolong layurkan daun kobis pada api dan tekap pada dada untuk kurangkan sakit.

Antara petua lain yang adalah dengan pengambilan lecithin yang merupakan pengelmusi lemak semulajadi. 

Lecithin dapat membantu mengatasi masalah bengkak susu yang disebabkan oleh salur susu (milk duct) yang tersumbat dengan elmusikan atau cairkan asid lemak politaktepu di dalam susu.


Antara yang berjaya kurangkan bengkak susu dengan lecithin


Ibu mengusu sangat digalakkan ambil lecithin setiap hari secara konsisten untuk kurangkan gejala bengkak susu.

Jika berminat untuk cuba;
boleh whatsapp ke +60129054745 Haulia Razali

No comments