March 29, 2017

Melawat Daerah Istimewa Yogyakarta Indonesia (PART 1)

Hi, Assalamualaikum semua.

Entry kali nak cerita family trip ke Yogyakarta (Jogja) cuti sekolah pertengahan March lepas. Alhamdulillah , percutian yang di plan rasa tak sampai sebulan berakhir dengan baik.

Mount of Merapi

Ostematrix jangan ditinggal yea

Sebelum rancang percutian nih, saya dah memang nak bawa Aisyah bercuti dengan keluarga lain ke Bukittinggi, Sumatera Barat Indonesia. Jadi, apabila keluarga sebelah suami rancang ke Jogja, maka memang straight la satu minggu cuti kami akan berada di Indonesia.

Selamat tiba dengan flight Airasia


Kota Jogja adalah sebuah kota tertua kedua di Indonesia yang sangat unik dengan kesan sejarah pertembungan budaya antara pelbagai agama dan adat resam. Di sini juga terdapat pelbagai keunikan bentuk muka bumi nya yang berbukit bukau, selain gunung berapi yang terkenal dengan letusan terkuatnya pada tahun 2010, gunung Merapi. 

Kesan-kesan letusan dan perkampungan yang musnah ketika letusan masih ada sehingga kini. 

Untuk lawatan kali ni, kami tak pergi naik Merapi Lava Tour kerana faktor anak yang masih kecil, dan tak berapa di galakkan oleh pak supir. Jadi, cuma tengok live Merapi dari Ketep Pass, Magelang. Subhanallah, memang sangat-sangat indah kejadian tuhan sambil tu gerun juga lepas tengok video letupan terkuat 2010 yang ada disediakan di sini.

Pemandangan Gunung Merapi dari Ketep Pass


Bermula nya kembara kami:


Perjalanan kami sekeluarga dari KLIA2 menaiki kapal terbang Airasia ke Jogja mengambil masa kira-kira 2 jam 30 minit merentasi selat melaka , Bandung dan seterusnya tiba di Jogja jam 9.00 am. Sebelum ke sana, kami dah siap-siap buat tempahan perjalanan dengan Supir Wahyu (Info dari Tripadvisor dan Facebook).

Setibanya di Jogja, wakil driver iaitu Pak Didik telah sedia menanti , kami sekeluarga menaiki Innova cukup muat untuk 5 orang dewasa dan 2 kanak-kanak. Mula-mula sampai biasa dah lapar, kami berhenti minum dan makan soto terbaik ikut kata pak supir.

Kemudian perjalanan kami terus ke tempat lawatan yang pertama iaitu Muzium Kraton Yogyakarta. Kraton atau Istana ini menyimpan tentang berbagai kesenian, hasil budaya, bentuk rumah adat jawa yang cantik. 

Persembahan Gamelan di Kraton

Waktu lawatan hanya dari pukul 9.00am hingga 12.00 pm kerana Kraton yang juga disebut sebagai Kraton Ngayogyakarta Hadiningrat ini masih diduduki oleh Sri Sultan Hamengku Buwono X, yang kini adalah Gabenor di Yogyakarta.

Selepas habis pusing sambil belajar sejarah kesultanan di Jogja, maka nya harus la kami pergi makan. Anak-anak pun nampak dah mula kepenatan, sebab bangun awal untuk flight pagi. Jadi, pak supir bawa kami sekeluarga ke restoran yang sangat terkenal di sini, Gudeg Yu Djum.

Mula nya pak supir tanya nak ke dapur nya atau makan biasa sahaja. Saya confius juga kan nak makan di dapur ke ? Rupanya, dapur itu maksudnya nak tengok cara penyediaan Nasi Gudeg yang sangat terkenal di Jogja. Terus minta ke dapur.

Nasi gudeg ini merupakan makanan traditional masyarakat jawa di daerah Jogja. ianya adalah nangka muda yang di masak berhari-hari sehingga kering. Hidangan ini boleh dimakan dengan ayam kampung, telur atau telur tauhu. Masa tu kami semua sepakat pilih telur sebab baru nak cuba nih ambil yang paling ekonomi supaya tidak terbazir.

Ini lah dia Nasi Gudeg yang popular tuh

Rasa dia memang manis dan agak kering. Boleh cuba lagi jika ke sini lagi.

Okeh, habis sudah makan siang (lunch), sambung lagi jalan ke Fort Vredeburg yang dibangunkan ketika pemerintahan Belanda di Indonesia.

Pintu masuk ke Fort Vredeburg

Keadaan di dalam Fort Vredeburg

Benteng ini dijadikan muzium setelah Indonesia merdeka dan dapat juga dilihat kesan-kesan peninggalan dan rekabentuk Belanda pada sekitar bangunan foto-foto lama disini.

Selesai jalan-jalan di sini, kami ke hotel untuk check-in dan berehat memandangkan perjalanan kami bermula agak awal (seawal jam 4pagi ke airport) jadi, kami sepakat untuk berehat di hotel dahulu sehingga masa makan malam. Waktu di Jogja awal satu jam dari Malaysia jadi, malam nya akan lebih awal seawal jam 6.

Ok laa, sampai disini dulu nanti akan di sambung PART 2 pula. Hari pertama kami belum cukup ahli lagi sementara menunggu tiba, adik kepada suami yang tidak dapat ke sini bersama kerana urusan kerja. Jadi hari ke-2 perjalanan akan diteruskan di bumi Yogyakarta setelah semua orang ada. 

Whatsapp +6012-9054745


No comments:

Post a Comment

Categories

alpha lipid SDII murah Amanah Allah aneamia Antioksida antioksidan arteri tersumbat banner percuma bell palsy bell's palsy Berat Berlebihan Bercuti ke Bukittinggi bercuti ke jakarta chewable vitamin c chicken pox Collagen CoQ Heath Plus demam demam campak detox DTX Complex ESP ESP Shaklee Euphoria Shaklee NDT 2017 Garlic gastrik GLA Complex Herb-lax herbal blend ikhtiar doa sembuhkan patah tulang ikhtiar pulihkan gastrik immune system iron Join ahli shaklee join shaklee Joint Health Tablet journey to the East kahwin Kebaikan ostematrix shaklee kehamilan KENCING TIDAK LAWAS kencing tikus Keracunan Makanan Kesihatan Hati kesihatan ibu hamil Kesihatan jantung kesihatan tulang. kebaikan kalsium khasiat bawang putih Kota Kinabalu kulat air Kulit cantik kurang bertenaga kurang darah Kurangkan Bengkak Susu kurus Landmark Study lawas Lecithin Leptospirosis Melawat Yogyakarta Indonesia mengandung Mighty 3 Gems minyak ikan Monolog Motivasi murah Naikkan traffic blog Obesiti Omega Guard Padang Indonesia patah dan retak tulang tulang Peluang Biz Online pengajian Pengedar Shaklee kulai Pengedar Shaklee Kulai dan skudai Penuaan Sihat Performance Drink Performance Drink (PD) petua naikkan like Promosi Shaklee Mei 2017 rehydrates Resdung ruam panas SAKIT KEPALA sakit lutut sakit sendi SAKIT SENDI DAN LUTUT sambal udang sedap sembelit senggugut SEO SET BERPUASA Set Detox set hamil Set Kulit cantik Set menyusu SET PENYUSUAN shaklee slim dengan shaklee Slip Disc SR Vitamin C Supplement Set untuk student Testimoni ostematrix shaklee The radiant 4 Tiroid Training dan seminar vita-lea vitamin E Vitamin shaklee Vivix Xi'an China zat besi