March 01, 2017

Pengalaman Bercuti di Bukittingi, Padang Indonesia

Assalamualaikum semua,

Dah lama dah nak update travel ke Bukittinggi, Indonesia yang lepas. Tujuan update supaya saya tak lupa jadual perjalanan kami yang lepas dan untuk panduan kawan-kawan lain yang berhasrat untuk ke Bukittingi ,Padang Indonesia


Perjalanan kami mengambil masa selama 4 Hari 3 Malam.

KEDUDUKAN BUKITTINGGI, PADANG 


Ianya terletak di Sumatera Barat, Indonesia (West Sumatra), dan hampir satu jam perjalanan (flight travel) dari KLIA2 ke Padang. Untuk perjalanan yang lepas, saya bersama adik dan dua orang kawan lain bertolak menaiki penerbangan Airasia jam 0750 pagi dari KLIA2 dan tiba kira-kira jam 0800 pagi (mengambil kira masa tempatan indonesia yang lewat sejam).

Tiba di sana, Pak Supir memang dah ada menunggu dengan kereta Avanza, muat untuk kami berempat. Masa tu tak bawa beg banyak pun, plan untuk jalan-jalan lihat tempat orang. 


Bandara Udara International Minangkabau

Kawasan ini di panggil Ranah Minang (Tanah Minang) kerana sebahagian besar penduduknya berketurunan Minangkabau. Ramai juga telah berhijrah ke luar, antara nya ke Negeri Sembilan di Malaysia.

Perjalanan diteruskan lagi, tapi sebelum tu singgah makan di Rumah Makan Lamun Ombak. Kebanyakan pelancong dari Malaysia memang pak supir akan bawa menjamu selera di sini. 

Tips #1 Kalau makanan masakan padang, hidangan memang penuh satu meja, tapi ambil yang nak makan saja, kalau tak kena charge walaupun niat nak cuba rasa je .

Tips #2 Adalah lebih baik booking hotel/tempat menginap lebih awal sebelum bertolak sebab nya ramai pelancong di sekitar bukittingi takut tak dapat bilik (ada story di sini tapi nasib kami baik masa pergi tuh)

rumah makan Lamun Ombak


muka mengantuk belum recharge 

Air Terjun Lembah Anai
Sepanjang perjalanan kami singgah di salah satu air terjun yang sangat cantik kawasan nya. Ikut kata pak supir, kalau selalu basuh muka guna air di lembah Anai ni boleh awet muda. (Kalau ikut saya balik Malaysia kena amalkan collagen shaklee boleh awet muda juga ---ehhh?? haha!)

Perjalanan diteruskankan lagi ke Padang Panjang yang mana terletak sebuah muzium Rumah Gadang dan pemandangan disini memang sangat-sangat lah cantik. Subhanallah.
Sebelum tu, makan dulu satay minang. Sedap betul !


Satay Minang

Di sini, kami berempat berpeluang untuk cuba pakaian tradisional minangkabau yang dipakai oleh pengantin minang. Memang cantik-cantik baju nya meriah betul !


Tips #3 Setiap pakaian yang dicuba dikenakan sewa yang tertentu (ketika ini kira-kira 35,000 Rp)

Baju Pengantin Minangkabau
bergambar lagi depan rumah minang

Masa ni kami tinggal di De Kock Cafe, Guguk Panjang (recommended for solo/group travellers) . Tak berapa sesuai untuk family. Sebelum check in, pak supir bawa ke Desa Pandai Sikek dimana kebanyakan penduduk di sini sangat mahir bertukang dan menenun kain songket Ada juga terdapat pelbagai jenis rekaan kain sulaman untuk dijual.


Kalau jenis suka shopping kena banyak-banyak bawa bersabar. 

RAMBANG MATA !


Bunjut Telekung Travel


Desa Pandai Sikek
Jam Gadang


Kalau datang sini kena minum kopi kaww


Singgah beli kerepek macam-macam ada


sulam mesin


memang kerja kami makan ja


tak ingat kuih apa nih


Teh daun kopi dan pisang salai


beli sekotak bawa balik


makan lagi nasi padang


Ais krim labu sedap


Buku Prof. Dr Hamka yang berjaya di beli di Rumah Hamka

Antara tempat-tempat lain yang kami lawati ialah terowong peninggalan zaman Jepun, Lubang Jepang. Dari situ juga ada kawasan yang kita boleh tengok Ngarai Sianok yang sangat la cantik. Bukittinggi memang banyak kawasan yang mempunyai pemandangan yang sangat cantik !


Tips #4 Kalau nak shopping souviner sangat la rekomen beli disini, harga lebih murah dan lebih banyak pilihan.



Gerai-gerai yang terdapat di Kawasan Lubang Jepang/ Ngarai Sianok


Penerangan dan guide kena bayar ye kawan-kawan


Ngarai Sianok

Buah Salak kalau dapat memang nak bawa satu bakul balik


Bakso wajib jika ke Indonesia
Hari seterusnya, kebanyakan masa kami ke kawasan pelancongan utama seperti Istana Pagar Ruyong di Batu Sangkar, kawasan yang menempatkan kesan peninggalan pemerintahan awal dan asal usul adat Perpatih.

(memandangkan semua kami berasal dari Negeri Sembilan, jadi bab nih macam teruja sikit..hehe)


Tips #5 Di seberang jalan Istana Pagar Ruyong terdapat banyak gerai souviner, dah kalau berhajat nak beli barangan kulit (kulit lembu) boleh beli di sini. Harga lebih murah jika pandai tawar.

Inilah kami berempat


Keadaan dalam istana Pagar Ruyong


Istana Pagar Ruyong, Batu Sangkar

Kemudian , pada hari ke tiga, kami memilih untuk stay di Lembah Harau, terletak di Paya Kumboh.

(yang mana kami belum booking ---jangan buat begini jika pergi dengan keluarga ya hehe.Jadi ni kira terjah juga la. Dan alhamdulillah nasib kami baik dapat satu chalet untuk satu malam sebelum berlepas pulang hari seterusnya)

MasyaAllah disini memang sangat-sangat cantik lagi-lagi masa selepas subuh. Di sini ada pilihan untuk memancing di kolam yang ada di depan chalet. Memandangkan masa tu masa terhad, kami tak ambil pun pakej memancing tu. 


Seronok kan? Kalau tinggal sini dalam dua malam, mungkin sempat nak try memancing sekali.



ECHO tu kalau kita jerit disini akan bergema ke bukit yang depan


Chalet di Lembah Harau


Setiap chalet ada kolam


Pemandangan ketika selepas subuh
Hari ke 4 , pagi-pagi kami bertolak ke Padang untuk tunggu penerbangan balik ke Malaysia. Ini pengalaman pertama saya ke Sumatera Barat, Indonesia. Dan inshaAllah saya akan kembali lagi ke sini. 


Puncak Gunung Marapi (ada kawah gunung berapi)


Till we meet again..bye


Sekian sahaja la kisah jalan-jalan kami ke Bukittinggi, Padang Indonesia. Pak supir yang kami hire masa tu memang terbaik, langsung tak jemu nak tolong dan paling penting siap jadi cameraman sekali.. HAHA!

Jika berminat untuk itinerary lengkap berserta kos-kos yang terlibat, boleh emailkan pertanyaan anda ke :

haulia.razali@gmail.com

+60129054745 Haulia Razali


1 comment:

  1. try tanya sini +62813 63408 670, mahu pakej lawatan di ranah minang, atau sewa transport, semua boleh kami uruskan... fb : roni hendra

    ReplyDelete

Categories

alpha lipid SDII murah Amanah Allah aneamia Antioksida antioksidan arteri tersumbat banner percuma bell palsy bell's palsy Berat Berlebihan Bercuti ke Bukittinggi bercuti ke jakarta chewable vitamin c chicken pox Collagen CoQ Heath Plus Darah Tinggi demam demam campak detox DTX Complex ESP ESP Shaklee Euphoria Shaklee NDT 2017 Garlic gastrik GLA Complex Herb-lax herbal blend Hiking ikhtiar doa sembuhkan patah tulang ikhtiar pulihkan gastrik immune system iron Join ahli shaklee join shaklee Joint Health Tablet journey to the East kahwin Kebaikan ostematrix shaklee kehamilan KENCING TIDAK LAWAS kencing tikus Keracunan Makanan Kesihatan Hati kesihatan ibu hamil Kesihatan jantung kesihatan tulang. kebaikan kalsium khasiat bawang putih Kota Kinabalu kulat air Kulit cantik kurang bertenaga kurang darah Kurangkan Bengkak Susu kurus Landmark Study lawas Lecithin Leptospirosis Melawat Yogyakarta Indonesia mengandung Mighty 3 Gems minyak ikan Monolog Motivasi murah Naikkan traffic blog Obesiti Omega Guard Padang Indonesia patah dan retak tulang tulang Peluang Biz Online pengajian Pengedar Shaklee kulai Pengedar Shaklee Kulai dan skudai Penuaan Sihat PEPPERMINT GINGER PLUS Performance Drink Performance Drink (PD) petua naikkan like Potty training Promosi Shaklee Mei 2017 Promosi Shaklee November 2017 Protein Terbaik rehydrates Resdung ruam panas SAKIT KEPALA sakit lutut sakit sendi SAKIT SENDI DAN LUTUT sambal udang sedap sembelit senggugut SEO SET BERPUASA Set Detox set hamil Set Kulit cantik Set menyusu SET PENYUSUAN shaklee Shaklee Baby Shaklee Motivation Rally slim dengan shaklee Slip Disc SR Vitamin C Supplement Set untuk student Tasik Biru Kangkar Pulai Testimoni ostematrix shaklee The radiant 4 Tiroid Training dan seminar vita-lea vitamin E Vitamin shaklee Vivix Xi'an China zat besi