Powered by Blogger.

Leptospirosis, Bahaya Kencing Tikus dan Cara mencegah

Apakah Leptospirosis?


Leptospirosis adalah nama saintifik bagi penyakit kencing tikus yang merupakan berjangkit yang disebabkan oleh sejenis bakteria Leptospira yang disebarkan melalui haiwan. Jika orang yang dijangkiti tidak dirawat dengan segera, penyakit ini boleh merebak dan akhirnya boleh membawa maut. 

Menurut satu kenyataan akhbar daripada KKM, jangkitan leptospirosis boleh terjadi apabila terdapat pendedahan secara langsung antara manusia dengan haiwan yang dijangkiti mahupun di persekitaran yang tercemar dengan bakteria Leptospira.


Penyakit leptospirosis bersifat endemik yang mana boleh terjadi di merata tempat di seluruh dunia, terutamanya di negara beriklim tropika seperti Malaysia. 

Antar risiko yang lebih tinggi untuk dijangkiti penyakit leptospirosis adalah seperti berikut:

  • Pekerjaan yang terdedah kepada haiwan – pengendali haiwan ternakan dan haiwan peliharaan,
  • Pekerja ladang seperti petani, peladang, pesawah dan lain-lain,
  • Pekerjaan yang melibatkan aktiviti air dan aktiviti di hutan seperti bomba dan tentera,
  • Melakukan aktiviti rekreasi yang terdedah kepada air dan tanah tercemar seperti berenang,
  • Mengunjungi dan menikmati hidangan dari premis makanan yang kotor.

Gejala dan simptom penyakit kencing tikus :

  • Mengalami batuk yang berpanjangan
  • Berasa loya, muntah, cirit birit, sakit sendi, sakit tulang.
  • Berasa sakit perut
  • Mengalami demam berlanjutan atau suhu badan melebihi suhu normal antara 38 hingga 40 
  • Mengalami radang pada selaput mata.
  • Rasa sakit pada otot serta otot menjadi keras.
  • Terdapat perubahan bunyi pada peparu, sesak nafas atau naik ruam pada kulit. 
Kita digalakkan untuk sentiasa menjaga kebersihan tempat tinggal dan juga persekitaran untuk mencegah penyakit kencing tikus daripada terus menular. Selain itu sentiasa menyimpan makanan atau minuman dengan selamat supaya tidak dicemari. 

Biasakan dengan amalam mencuci tangan dengan sabun sebelum makan serta bersihkan diri selepas melakukan aktiviti luar seperti berkebun dan berkelah di tempat terbuka seperti kawasan sungai dan air terjun.

Bagaimana Meningkatkan Sistem Imun Tubuh :



  • Nutriferon bertindak sebagai penggalak sistem imun tubuh badan (immune booster) dengan mengaktifkan sistem pertahanan imuniti  dalam sistem imuniti badan 
  • Vivix membantu meningkatkan imun sistem tubuh serta menggalakkan kesihatan baik dengan memelihara DNA tubuh untuk memastikan sistem tubuh dapat berfungsi dengan baik.
  • Vitamin C pula dapat bantu meningkatkan sistem imunisasi tubuh.
Jika anda mengalami tanda-tanda penyakit kencing tikus, jangan bertangguh untuk dapatkan rawatan. 



Hubungi saya Haulia Pengedar Shaklee Kulai, Johor.
COD area Bandar Putra, Senai, UTM Skudai dan kawasan sekitarnya.
Perkhidmatan pos ke seluruh Malaysia termasuk Sabah & Sarawak 
(PosLaju/Nationwide/Citylink/GDEX)

CLICK SINI : +60129054745

: sumber rujukan : [1] ; [2] 

3 comments:

  1. Kena waspada dengan wabak ni supaya keluarga kita tidak dijangkitinya

    ReplyDelete
  2. betul tu, kena sentiasa jaga2 dan jaga kebersihan :)

    ReplyDelete
  3. Paling penting jaga kebersihan kan walau di mana je kita berada.

    ReplyDelete