April 17, 2017

Petua hilangkan sakit kepala dengan cepat

Alhamdulillah sepanjang 33 tahun nih rasa jarang juga sakit kepala, kalau sakit pun biasa nya tak lama. Tapi kali ni saya nak cerita pengalaman pergi ke Jogjakarta cuti sekolah March lepas. Apa kaitannya ? Saya diserang sakit kepala yang sangat teruk sampai rasa nak menangis. Baca sini trip saya ke Jogja.

Punca sakit kepala


Sakit kepala adalah sakit yang dapat dirasai di mana sahaja di atas leher atau bahagian kepala dan boleh menjadi hasil daripada pelbagai pencetus atau sebab-sebab seperti stress, kurang rehat, migrain, kurang darah (aneamia) atau sedang demam. 

Contoh jenis sakit kepala : sumber 


Jadi, apa cerita nya tu?


Okey, mula-mula plan asal cuti nak pergi ke Bukittinggi , Indonesia je dalam 4 hari 3 malam dengan keluarga besar saya. Tapi , keluarga sebelah suami pun plan juga nak ke Jogja lepas kami balik dari Bukittinggi tuh. Saya okey jela macam biasa kemas-kemas barang. 

Flight ke Jogja tu pagi sehari lepas balik dari Jogja. Nak jadikan cerita, flight dari Padang ke KL delay jadinya sampai ke KL dah agak lewat. Esok saya kena terus naik flight ke Jogja pula. Saya rasa tak sampai 2 jam pun saya tidur malam tu.

Mungkin sebab kepenatan yang belum reda tu, dan masa tu pula keadaan cuaca yang tak berapa baik ketika penerbangan memang agak mencabar, saya rasa mual dan pening kepala sangat teruk sepanjang 2 jam setengah tempoh terbang ke Jogja. Rasa sakit macam nak ketuk kepala sendiri. Kebetulan sebiji ubat panadol pun saya tak bawa dan memang saya tak plan bawa. 

Jadi, macam mana saya nak buat?
  • Masa tu, pertama sekali saya minta suami tolong jagakan anak-anak dulu sepenuhnya. alhamdulillah, suami sangat membantu ketika itu.
  • Saya cuba pejamkan mata dan ambil peluang rehat sambil tenangkan diri. Saya dapat rasa masa tu saya dalam keadaan yang agak tertekan disebabkan kurang rehat dan keadaan kapal terbang yang agak beralun disebabkan cuaca buruk (turbulence)
  • Istighfar banyak-banyak dan kurangkan fikir yang bukan-bukan.
  • Minum air dengan cukup, perlahan-lahan kerana masih mual. Jadi jika air diminum dengan sekaligus boleh trigger untuk terus muntah.

Alhamdulillah, sampai juga ke Jogja, sebaik turun kepala masih sakit cuma tak seteruk ketika dalam flight.

Apabila dah sampai ke hotel dan berehat, saya ambil Ostematrix 2 biji untuk bantu kurangkan masalah sakit kepala saya. Kalau berjalan-jalan jauh selalu nya ostematrix memang dah jadi kewajipan ada dalam senarai kena bawa. Memang sangat-sangat membantu kurangkan sakit kepala.

Dalam Ostematrix nih ada Magnesium yang dapat mengekalkan metabolisma kalsium yang membantu mengelakkan pembuluh darah menjadi kejang, salah satu sebab migrain berlaku . Selain itu bantu mengurangkan sakit kepala akibat migrain.

Inilah ostematrix yang saya bawa ke Jogjakarta

Selain tu, amalan pengambilan B-complex juga dapat kurangkan stress dengan cara membantu melancarkan peredaran darah, tingkatkan metabolisme dan kurangkan masalah percernaan.

Jadi, kalau ikutkan pengalaman, itulah kali pertama saya rasa sakit kepala yang amat sangat. Masa tu saya rasa dah faham macam orang lain yang memang ada migrain sakit. Tak terbayang macam mana nak tanggung sakit tu.


Hubungi saya Haulia Pengedar Shaklee Kulai, Johor

COD area Bandar Putra, Senai, UTM Skudai dan kawasan sekitarnya.
Perkhidmatan pos ke seluruh Malaysia termasuk Sabah & Sarawak
(PosLaju/Nationwide/Citylink/GDEX)
Follow FB : haulia.razali

CLICK SINI : +60129054745

4 comments:

  1. Stress nya kalau kena sakit kepala masa tengah travel. Kacau mood je nak jelajah tempat orang, kan.. nasib baik ada ostematrix dan bcomplex penyelamat yea..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tuh, stress sangat gak nye masa tuh. Tak cukup rehat nak berjalan punya gigih nya.

      Delete
  2. Mujur dapat atasi masalah sakit kepala tue kan oli. Yang penting kene berada dalam keadaan tenang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul nur, kena sentiasa tenang kalau tak tak jadi keje nanti.

      Delete

Categories

alpha lipid SDII murah Amanah Allah aneamia Antioksida antioksidan arteri tersumbat banner percuma bell palsy bell's palsy Berat Berlebihan Bercuti ke Bukittinggi bercuti ke jakarta chewable vitamin c chicken pox Collagen CoQ Heath Plus demam demam campak detox DTX Complex ESP ESP Shaklee Euphoria Shaklee NDT 2017 Garlic gastrik GLA Complex Herb-lax herbal blend ikhtiar doa sembuhkan patah tulang ikhtiar pulihkan gastrik immune system iron Join ahli shaklee join shaklee Joint Health Tablet journey to the East kahwin Kebaikan ostematrix shaklee kehamilan KENCING TIDAK LAWAS kencing tikus Keracunan Makanan Kesihatan Hati kesihatan ibu hamil Kesihatan jantung kesihatan tulang. kebaikan kalsium khasiat bawang putih Kota Kinabalu kulat air Kulit cantik kurang bertenaga kurang darah Kurangkan Bengkak Susu kurus Landmark Study lawas Lecithin Leptospirosis Melawat Yogyakarta Indonesia mengandung Mighty 3 Gems minyak ikan Monolog Motivasi murah Naikkan traffic blog Obesiti Omega Guard Padang Indonesia patah dan retak tulang tulang Peluang Biz Online pengajian Pengedar Shaklee kulai Pengedar Shaklee Kulai dan skudai Penuaan Sihat Performance Drink Performance Drink (PD) petua naikkan like Promosi Shaklee Mei 2017 rehydrates Resdung ruam panas SAKIT KEPALA sakit lutut sakit sendi SAKIT SENDI DAN LUTUT sambal udang sedap sembelit senggugut SEO SET BERPUASA Set Detox set hamil Set Kulit cantik Set menyusu SET PENYUSUAN shaklee slim dengan shaklee Slip Disc SR Vitamin C Supplement Set untuk student Testimoni ostematrix shaklee The radiant 4 Tiroid Training dan seminar vita-lea vitamin E Vitamin shaklee Vivix Xi'an China zat besi