April 12, 2017

Petua kurangkan Parut Chicken Pox

Seingat saya, masa kena chickenpox atau biasa kita sebut demam campak masa tu di sekolah menengah di Kota Tinggi, Johor. Masa tu sekolah asrama pula, memang seronok sebab boleh balik rumah dua minggu. Doktor bagi MC supaya tak la merebak satu asrama. 

Masa tu, saya kena chickenpox yang jenis besar-besar, jadi bila dah kering tu parut memang agak dalam dan teruk juga. Malu rasa nak balik asrama dengan muka berparut.

chicken pox : sumber

Ingat lagi, arwah abah belikan vitamin C sampai berbotol dengan minyak ikannya bawa balik asrama supaya parut-parut tu makin pudar dengan suplemen tadi. Shaklee belum terjebak lagi masa tu hehe.

Kalau dulu-dulu, antara Petua yang biasa orang kita gunakan nak cepatkan baik dan kurangkan parut ialah;
  • Minum air kelapa muda untuk keluarkan semua chickenpox.
  • Banyakkan minum air kosong untuk kurangkan panas disebabkan demam.
  • Ikut petua orang-orang tua lagi, kalau kena chickenpox ni jangan makan kicap sebab nanti parutnya akan lebih hitam (ini tak pasti mungkin ada benarnya atau tak, ikut individu punya keadaan badan) 
  • Sapu bedak sejuk pada bahagian yang kena tu untuk kurangkan gatal-gatal. 
  • Kurangkan makananan yang boleh sebabkan kegatalan/alergi seperti makanan laut.

Jadi, Apakah sebenarnya Chicken Pox ni?

  • ChickenPox ni istilah lainnya adalah Cacar Air atau Demam Campak yang disebabkan oleh virus varicella-zoster. Tanda-tanda biasa pesakit adalah alami demam dan batuk serta ruam berisi air akan mula keluar dan melepuh. 
  • Biasanya, pesakit demam campak atau chicken pox akan ambil masa dari 10 ke 14 hari untuk sembuh. 

Demam Campak boleh berjangkit dengan pelbagai cara termasuk:

  • Melalui medium udara apabila penghidap batuk atau bersin. 
  • Secara sentuhan terus dengan penghidap apabila virus ini yang berbentuk cecair  jika terkena pada orang lain.
Dan, kalau nak tahu jika antibodi kita ni lemah ada potensi untuk kena jangkitan semula tau. Seram dengar.

Nanti saya sambung lagi cerita chickenpox nih masa betul-betul sebulan sebelum bernikah.

Shaklee pun ada set untuk Chickenpox untuk membantu penyembuhan dan menghilangkan parut dengan cepat dan selamat

Hubungi saya Haulia Pengedar Shaklee Kulai, Johor

COD area Bandar Putra, Senai, UTM Skudai dan kawasan sekitarnya.
Perkhidmatan pos ke seluruh Malaysia termasuk Sabah & Sarawak 
(PosLaju/Nationwide/Citylink/GDEX)

CLICK SINI : +60129054745


4 comments:

  1. Nur pernah kene chicken pox ni masa tue 19 tahun kalau tak silap. Takkan lupa sampai bila2 sebab paling teruk kene kat muka sampai seramssss nak tengok cermin 😅

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha..memang kan parut tu yang tak tahan tuh. Kadang2 lama nak hilang nye aduhai

      Delete
    2. Tue la. Rasanya masa tue pakai bedak sejuk hari2 dok tepek kat muka sebab nak cepat hilangkan parut tue. Alhamdulillah berkesan jugak hihi

      Delete
    3. Akak pun kena masa dewasa..umur 26 tahun masa tue. Hazabnya lah bila kena dah tua-tua nie. Hahah.

      Delete

Categories

alpha lipid SDII murah Amanah Allah aneamia Antioksida antioksidan arteri tersumbat banner percuma bell palsy bell's palsy Berat Berlebihan Bercuti ke Bukittinggi bercuti ke jakarta chewable vitamin c chicken pox Collagen CoQ Heath Plus Darah Tinggi demam demam campak detox DTX Complex ESP ESP Shaklee Euphoria Shaklee NDT 2017 Garlic gastrik GLA Complex Herb-lax herbal blend Hiking ikhtiar doa sembuhkan patah tulang ikhtiar pulihkan gastrik immune system iron Join ahli shaklee join shaklee Joint Health Tablet journey to the East kahwin Kebaikan ostematrix shaklee kehamilan KENCING TIDAK LAWAS kencing tikus Keracunan Makanan Kesihatan Hati kesihatan ibu hamil Kesihatan jantung kesihatan tulang. kebaikan kalsium khasiat bawang putih Kota Kinabalu kulat air Kulit cantik kurang bertenaga kurang darah Kurangkan Bengkak Susu kurus Landmark Study lawas Lecithin Leptospirosis Melawat Yogyakarta Indonesia mengandung Mighty 3 Gems minyak ikan Monolog Motivasi murah Naikkan traffic blog Obesiti Omega Guard Padang Indonesia patah dan retak tulang tulang Peluang Biz Online pengajian Pengedar Shaklee kulai Pengedar Shaklee Kulai dan skudai Penuaan Sihat PEPPERMINT GINGER PLUS Performance Drink Performance Drink (PD) petua naikkan like Potty training Promosi Shaklee Mei 2017 Promosi Shaklee November 2017 Protein Terbaik rehydrates Resdung ruam panas SAKIT KEPALA sakit lutut sakit sendi SAKIT SENDI DAN LUTUT sambal udang sedap sembelit senggugut SEO SET BERPUASA Set Detox set hamil Set Kulit cantik Set menyusu SET PENYUSUAN shaklee Shaklee Baby Shaklee Motivation Rally slim dengan shaklee Slip Disc SR Vitamin C Supplement Set untuk student Tasik Biru Kangkar Pulai Testimoni ostematrix shaklee The radiant 4 Tiroid Training dan seminar vita-lea vitamin E Vitamin shaklee Vivix Xi'an China zat besi