Powered by Blogger.

Resepi sambal Udang Paling Sedap

Selamat berkerja semula lepas cuti Hari Wesak semalam ye. Semalam alhamdulillah selesai juga coaching biz Shaklee dengan 'anak' baru Rafidah , juga dipermudahkan jalan untuk buat blog baru sebagai pengedar Shaklee inshaAllah.


InshaAllah dari semasa akan diperbaiki lagi. Jemput datang ye.

Okey la, balik pada tajuk asal kita nih. Semalam sebelum start sesi tuh teringin nak makan nasi lemak sambal udang, kebetulan udang ada , santan ada, daun pandan depan rumah ada haha! Jadi , terjadi la nasi lemak sambal udang yang sedap itu. 

Ada juga yang request cara dan resepi sambal udang ringkas yet sedap jadi kita share sini ye.;

Resepi Sambal Udang Sedap :

Bahan-bahan :
  1. Udang sederhana besar 2 genggam (dalam 200 gram)
  2. Cili kisar  satu senduk nasi (saya guna cili kisar dalam peket yang ada tulis kurang pedas)
  3. Bawang kecil merah 6 biji 
  4. Bawang putih 4 biji
  5. Gula 2 sudu makan
  6. Asam jawa 1/4 sudu makan
  7. Asam keping 1 (yang kecil)
  8. Garam secukup rasa
Cara-cara: 
  1. Tumbuk @ kisar bawang merah dan putih.
  2. Panaskan minyak dan tumis kan bahan di atas sehingga naik bau dan agak-agak garing.
  3. Masukkan cili kisar dan tumis lagi 
  4. Masukkan gula dan sambung tumis sehingga cili benar-benar masak dan kemerahan.
  5. Kemudian, masukkan air asam jawa serta asam keping tadi.
  6. Tumis semua sehingga agak kering dan tambahkan garam sedikit.
  7. Kemudian masukkan udang (Udang juga boleh di goreng dahulu jika kulitnya tidak dibuangkan sepenuhnya)


tips #1 : Okeh , bila dah masukkan udang tu rasa -rasa sesedap rasa tak ? Boleh tambah garam atau gula untuk seimbangkan rasa. 

tips #2 : Kalau nak sedap lagi masukkan stok ayam (chicken stock) sedikit, ini adalah rahsia kejayaan sambal udang paling sedap. Cuba la ! hehe.

Okeh la itu jela resepi yang saya guna selama nih, yang dah rasa tu alhamdulillah sebab suka, i really appreciate it .

Lastly but not least, thanks for support guys. 

Nak order shaklee? Makanan nih confirm tinggi kolesterol, mai le cuba set turunkan berat dan kawal kolestrol shakee ye.


Hubungi saya Haulia Pengedar Shaklee Malaysia

COD area Bandar Putra, Senai, UTM Skudai dan kawasan sekitarnya.
Perkhidmatan pos ke seluruh Malaysia termasuk Sabah & Sarawak
(PosLaju/Nationwide/Citylink/GDEX)
Follow FB : haulia.razali

CLICK SINI : +60129054745  



2 comments:

  1. 2 hari lepas baru je masak sambal udang nih. Nur bukan jenis makan seafood tapi bila sesekali makan udang sambal ni terangkat jugak 😅 nak sediakan pun mudah kan 😉

    ReplyDelete
    Replies
    1. lama pulak baru nak , feveret sgt sambal udang nih haha :)

      Delete