June 19, 2017

Gula Putih Mengundang Bahaya Pada Kesihatan

Hari Raya bakal menjelang tiba 


Seminggu lagi umat Islam keseluruhannya akan mula menyambut Hari Raya Aidilfitri , InshaAllah. Paling best bila teringat balik zaman kanak-kanak dulu. Daripada persiapan baju raya, biskut raya, kuih muih hampir semua disediakan sendiri dalam kalangan keluarga. Tak sabar nak raya kan ??

Selain daripada perkara-perkara asas kelengkapan raya, paling penting juga dua tiga peket gula kena juga la disediakan. Ingat masa dulu-dulu mak mesti suruh masak AIR GULA. 

Senang katanya nanti tetamu datang bancuh air terus tuang jela dalam air kordial. Bila ingat balik, air kordial dah la sedia manis, tambah lagi air gula penyedap rasa, MasyaAllah. !

air kordial di masa raya

Dan paling susah rasa nak kawal anak-anak kita daripada minum air manis secara berlebihan. Bila dah tiba saat kunjung mengunjung tu, kita sibuk dengan tetamu, yang si kecil sibuk tambah dua tiga gelas air kordial/ karbonat. 

Kalau tak disediakan macam mana pula kan? Jadi, itu lah antara dilema-lema masyarakat kita terutamanya nak ber'perang' dengan MANIS. Gula putih.

Bagaimana Gula Putih Mengundang Bahaya Pada Kesihatan?


Menurut Sinar Harian , sejarah gula di  negara Malaysia hanya bermula selepas era penjajahan British yang membawa produk ini ke negara kita. Sebelum abad ke-18, manusia hanya menggunakan madu sebagai pemanis dalam makanan atau minuman. Tebu dimakan secara terus untuk merasa kemanisannya.

Menurut kajian saintifik, terdapat lebih kurang 60 jenis penyakit kronik seperti kencing manis, kegemukan, darah tinggi, masalah kolesterol, sakit jantung, strok, masalah buah pinggang, osteoporosis dan pelbagai lagi dikaitkan dengan gula putih sebagai puncanya.

"Pakar pemakanan yang terkenal, Dr William Coda Martin labelkan gula sebagai ‘racun putih’ pada tahun 1957. 
Menurutnya gula merupakan punca kepada pelbagai penyakit kronik kerana gula ialah karbohidrat tulen tanpa vitamin dan zat mineral. 
Oleh itu, gula akan ‘melahap’ vitamin dan garam mineral yang sangat berharga daripada tubuh manusia semasa proses metabolisme tubuh. " sumber

 

Antara Lain-lain Keburukan Gula ialah :

  • Melemahkan sistem imunisasi (melawan penyakit).
  • Menganggu imbangan galian dalam tubuh.
  • Menyebabkan kanak-kanak menjadi hiperaktif, gelisah dan nakal.
  • Menyebabkan kanak-kanak rasa mengantuk dan mengurangkan kecergasan.
  • Menjejaskan pencapaian kanak-kanak dalam pelajaran.
  • Meningkatkan paras trigliserid.
  • Melemahkan daya tahan tubuh terhadap jangkitan bakteria.
  • Merosakkan buah pinggang.
  • Mengurangkan kolesterol yang baik (HDLs).
  • Mengalakkan pertumbuhan kolesterol bahaya (LDLs).

Amalan hidup yang lebih sihat, kurangkan gula :

  • Antara kempen kesedaran yang dijalankan dengan giat oleh KKM antaranya ialah menggalakkan masyarakat menjaga diet dengan mengurangkan pengambilan gula dan karbohidrat yang diproses. 
  • Selain itu, juga digalakkan setiap individu melakukan aktiviti fizikal seperti bersenam dengan lebih kerap dalam seminggu.
  • Gunakan penganti gula putih dalam makanan seperti stevia tulen, madu secara terkawal.


Hubungi saya Haulia Pengedar Shaklee Malaysia

COD area Bandar Putra, Senai, UTM Skudai dan kawasan sekitarnya.
Perkhidmatan pos ke seluruh Malaysia termasuk Sabah & Sarawak
(PosLaju/Nationwide/Citylink/GDEX)
Follow FB : haulia.razali
CLICK SINI : +60129054745   

2 comments:

  1. Sekrang tengah slowly start kurangkan minuman manis.. seram jugak dgn efek gula putih nie, hihi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tuh..saya pun sama. Kurangkan sebab berat pun sama tak turun kalau amik lebih gula..hehe

      Delete

Categories

alpha lipid SDII murah Amanah Allah aneamia Antioksida antioksidan arteri tersumbat banner percuma bell palsy bell's palsy Berat Berlebihan Bercuti ke Bukittinggi bercuti ke jakarta chewable vitamin c chicken pox Collagen CoQ Heath Plus demam demam campak detox DTX Complex ESP ESP Shaklee Euphoria Shaklee NDT 2017 Garlic gastrik GLA Complex Herb-lax herbal blend ikhtiar doa sembuhkan patah tulang ikhtiar pulihkan gastrik immune system iron Join ahli shaklee join shaklee Joint Health Tablet journey to the East kahwin Kebaikan ostematrix shaklee kehamilan KENCING TIDAK LAWAS kencing tikus Keracunan Makanan Kesihatan Hati kesihatan ibu hamil Kesihatan jantung kesihatan tulang. kebaikan kalsium khasiat bawang putih Kota Kinabalu kulat air Kulit cantik kurang bertenaga kurang darah Kurangkan Bengkak Susu kurus Landmark Study lawas Lecithin Leptospirosis Melawat Yogyakarta Indonesia mengandung Mighty 3 Gems minyak ikan Monolog Motivasi murah Naikkan traffic blog Obesiti Omega Guard Padang Indonesia patah dan retak tulang tulang Peluang Biz Online pengajian Pengedar Shaklee kulai Pengedar Shaklee Kulai dan skudai Penuaan Sihat Performance Drink Performance Drink (PD) petua naikkan like Promosi Shaklee Mei 2017 rehydrates Resdung ruam panas SAKIT KEPALA sakit lutut sakit sendi SAKIT SENDI DAN LUTUT sambal udang sedap sembelit senggugut SEO SET BERPUASA Set Detox set hamil Set Kulit cantik Set menyusu SET PENYUSUAN shaklee slim dengan shaklee Slip Disc SR Vitamin C Supplement Set untuk student Testimoni ostematrix shaklee The radiant 4 Tiroid Training dan seminar vita-lea vitamin E Vitamin shaklee Vivix Xi'an China zat besi