September 26, 2017

Pengalaman Latih Anak tak Pakai Pampers


Tanggal 22 Ogos lepas Danial dah genap umur 3 tahun. Kiteorang suami isteri dah plan daripada awal tahun lagi masuk je umur 3 tahun anak kedua nih kena bebas dari pampers.

Tapi tengok pada kesediaan anak memang belum ada tanda nak cerai pampers, tapi apa salahnya kan kite try latih dari awal nih. Boleh jimat kan pampers..hehe.

Ini la kanak2 yang sedang di 'potty train' kan itu. Even, sehingga saat ni pun masih lagi kami monitor tahap kebebasan pampers itu. Hah ! Macam tu sekali. 


Jadi nak share macam mana kiteorang mulakan latihan ke tandas atau potty training nih.

Latih anak ke tandas

Minggu pertama :
  • Mula2 tu kemas rumah, simpan semua karpet , fabrik yang susah nak kering. Minimal kan perabot yang susah nak kering terutamanya jenis fabrik.
  • Pagi lepas mandi pakai pakaian sahaja tanpa pampers. Masa ni kami beritahu Danial, hari nih tak pakai pampers nanti kita buang air ke tandas. 
  • Setiap 30minit bawa anak ke tandas. Kalau dalam masa 30 minit ni anak terlepas di seluar, kurangkan masa ke 15minit sekali ke tandas. 
  • Masa ni memang la penat juga kan tapi demi kebebasan dari pampers tetap teruskan. 
  • Ada masa Danial akan terlepas diluar tandas, so masa ni jangan marah walaupun penat sangat. Tunjukkan tempat yang patut dia buang air dekat mana.
  • Gunakan toilet seat untuk kanak2. Selesa sikit untuk anak yang masih kecil nih.
Toilet seat untuk kanak-kanak

Letih sangat2 untuk minggu pertama nih haha ! Macam2 cabaran dan dugaan , berat dan ringan. Untuk parents memang kena la byk2 bersabar.

Tips nak bagi anak tak takut ke tandas, lepas dia selesai membuang, bila dah keluar tandas ramai2 tepuk tangan , pujian memang kena melambung.

Masa ni tengok akhir minggu pertama Danial dah mula ok dan biasa. 

Kakak Aisyah yang paling banyak bantu kejap2 tanya "Danial nak pergi tandas ? "Hehehee

Minggu ke dua dan ke 3 : 

  • Lepas selesai minggu pertama yang konsisten, latihan anak ke tandas kena juga diteruskan. Masa ke tandas dah mula boleh dipanjang ke satu jam sekali atau 2 jam sekali ikut keadaan anak.
  • Anak perlu minum air secukupnya, jangan halang atau kurangkan pengambilan air supaya dia kerap ke tandas. Tujuan nya supaya anak ni lama2 dia kenal tempat sepatutnya dia mem 'buang' adalah di tandas. 
  • Masa minggu ke 2 nih kami mula bawa Danial ke luar beraktiviti tanpa pampers. Tempat pertama ke kedai makan. Sampai je kedai tuju tandas dulu. Masa ni Danial agak menolak sebabnya dia tak biasa & agak takut. Tapi pujuk perlahan2 buka seluar dan biar dia buang air. 
  • Dah selesai macam biasa pujian sampai dia rasa bangga berjaya buang air di tandas. 
  • Kemudian ke taman permainan yang ada tandas dan juga ke pasar raya. 
Cuma nya sekarang malam masih pakai pampers lagi. Minggu seterusnya nak train Danial untuk tak pakai pampers masa tido.

Okey dah habis story pasal potty training Danial. Doa kan lepas nih boleh bebas sepenuhnya daripada pampers. 😉

Jom share korang punya experience macam mane kat komen.

Haulia Razali
Kulai, Johore.


8 comments:

  1. Bukan mudahkan nak latih anak-anak. Good job !

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul.kena banyak bersabar. TQ 😀

      Delete
    2. Wah, bestnya. Nanti mau try lah tips ni. Anak 1st masih lagi pakai pampers.

      Delete
    3. go-go kate, mudah2an dapat free from pampers

      Delete
  2. Susah rasanya nak train anak tak pakai pampers ketika tidur.

    ReplyDelete

Categories

alpha lipid SDII murah Amanah Allah aneamia Antioksida antioksidan arteri tersumbat banner percuma bell palsy bell's palsy Berat Berlebihan Bercuti ke Bukittinggi bercuti ke jakarta chewable vitamin c chicken pox Collagen CoQ Heath Plus Darah Tinggi demam demam campak detox DTX Complex ESP ESP Shaklee Euphoria Shaklee NDT 2017 Garlic gastrik GLA Complex Herb-lax herbal blend ikhtiar doa sembuhkan patah tulang ikhtiar pulihkan gastrik immune system iron Join ahli shaklee join shaklee Joint Health Tablet journey to the East kahwin Kebaikan ostematrix shaklee kehamilan KENCING TIDAK LAWAS kencing tikus Keracunan Makanan Kesihatan Hati kesihatan ibu hamil Kesihatan jantung kesihatan tulang. kebaikan kalsium khasiat bawang putih Kota Kinabalu kulat air Kulit cantik kurang bertenaga kurang darah Kurangkan Bengkak Susu kurus Landmark Study lawas Lecithin Leptospirosis Melawat Yogyakarta Indonesia mengandung Mighty 3 Gems minyak ikan Monolog Motivasi murah Naikkan traffic blog Obesiti Omega Guard Padang Indonesia patah dan retak tulang tulang Peluang Biz Online pengajian Pengedar Shaklee kulai Pengedar Shaklee Kulai dan skudai Penuaan Sihat PEPPERMINT GINGER PLUS Performance Drink Performance Drink (PD) petua naikkan like Potty training Promosi Shaklee Mei 2017 rehydrates Resdung ruam panas SAKIT KEPALA sakit lutut sakit sendi SAKIT SENDI DAN LUTUT sambal udang sedap sembelit senggugut SEO SET BERPUASA Set Detox set hamil Set Kulit cantik Set menyusu SET PENYUSUAN shaklee slim dengan shaklee Slip Disc SR Vitamin C Supplement Set untuk student Testimoni ostematrix shaklee The radiant 4 Tiroid Training dan seminar vita-lea vitamin E Vitamin shaklee Vivix Xi'an China zat besi