Powered by Blogger.

A Song to Remember


Dalam hidup kita yang penuh rasa, ranjau, gelora rasa, 
dugaan dan cabaran 
kadangkala hati tergerak melihat ke belakang,

Ingin lihat jika ada yang tertinggal,
Jika ada yang terlucut dari pegangan,
Kadangkala melihat ke depan terus juga tidak salah cuma
jangan sampai terlepas dalam genggaman.


........................................................

Pernah tak tengah bawa kereta, tengah2 masak atau tengah tunggu anak/suami/isteri balik dengar2 kat radio tengah putarkan lagu favourite kita. Bukan setakat lagu favourite tetapi sekali mengimbau nostalgia.

Mungkin lagu yang ingatkan tentang our first love ke, first day kat Universiti. Atau lagu masa suami bagi masa mula2 bercinta dulu.

Atau lagu yang ingatkan kita tentang kesedihan, kehilangan orang yang kita sayang.

Lagu yang membawa saya kembali ke SKK (Kajang), Backstreet Boys - As Long As You Love Me , masa nih ada crush kat sorang. Lawak betul sambil lalu sambil nyanyi lagu nih. Saya pun dah ingat namanya sekarang.

Kemudian, lagu Vitamin C - Graduation ( Friends Forever ), masa perpisahan tingkatan 5 di Sains Kota Tinggi, Johor. Boleh menangis, sedih masa nih tinggal di asrama kemudian kawan2 pun semua bukan dekat. Seluruh Malaysia, so bila dah habis sekolah memang lama la nak jumpa lagi. Lirik memang kena habis, we will still be friend FOREVER.

Okey, sambung list lagi..NSYNC - This I Promise You, wahh, yang nih teringat masa kat Uni, galak sangat. Haha! 

Ok, then , 
Green Day: "Boulevard Of Broken Dreams" nih, zaman keganasan dah mula dahh. Time kat Uni juga laa. Zaman pegi kelas pakai segala hitam. Dah macam nak berperang pun ada. Oo..ganas ! Masa zaman nih, kawan semua pun sekepala. 
Kami sekelas perempuan tak ramai, engineering course. So, kakak2 yang join pun semua macam semacam punya tough. :)

Sekarang pulak, ikut perkembangan semasa je. Dah tak berapa kisah sangat lagu mana asal kan sedap telinga mendengar je. hehee


K la dah masuk bulan November ni apa azam korang ?




2 comments:

  1. Adeh semua lagu2 ni memang killer song masa zaman muda mudi dulu kan. Bila da tak berapa muda ni dah tak ambik port sangat lagu ape yang top asal sedap didengar boleh la sesekali layan perasan..heheh

    ����

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha..sekarang layann je mana2 yang best dengar :)

      Delete