November 16, 2017

Hiking Di Tasik Biru Kangkar Pulai

Sabtu lepas plan dengan kawan tempat kerja lama nak mendaki di Tasik Biru Kangkar Pulai. Dah lama nak pergi tak berkesempatan lagi2 takde kawan yang free nak naik.

Then, plan punya plan jadi lah kami nak naik sabtu 11st November lepas. Hari sebelum tuh hujan lebat betul, risau juga la kalau hujan pagi memang tak naik la. 

Backup plan nya pergi naik ke Menara Cerap UTM Skudai. 

Masa nih tengah on detox plan nak kurangkan berat jadinya, lebih elok la kalau kita buat aktiviti fizikal untuk cergaskan badan sekali. hehe. Detox dengan Shaklee.

Sarapan Dengan Cinch Shake 


Dijadikan cerita, pagi sabtu cerah. So, kami bertolak ke Kangkar Pulai dari rumah dalam pukul 730am. Patutnya nak naik awal, daku terlelap lepas subuh. hehe. Kelam kabut sikit nasib baik ade Cinch Shake jadi sarapan sebelum naik. Shake-shake and go gitu. 

Sampai parking semua dah ada jadi start dengan warming up dulu sebelum naik. Tak nak la nanti tiba2 kejang ke apa masa naik. Sebelum naik dah prepare jogging dua tiga hari sebab tak nak terkejut. Dulu masa naik naik Gunung Huashan kat Xian China langsung tak prepare. Dasyat sampai tempat menginap kaki cramp. Pengalaman betul. 

Tasik Biru dari Check Point #1

So, masa nak naik ada dua laluan ke atas, satu lalu ladang kelapa sawit tak digalakkan sebabnya itu tanah persendirian. Ada papan tanda merah juga larangan lalu (walaupun ada yang lalu juga hehe)

Happy je baru nak start mendaki. Nampak tak tali tuh?

Jadi ikut laluan kedua ye kawan2, ada tali semasa nak mendaki sebab agak curam. Jadi, eloklah kalau sediakan sarung tangan dulu sebelum naik kalau tak nak tapak tangan melecet jika tak tahan.

Muka happy lagi nampak Tasik Biru check point #2

Sepanjang pendakian ada beberapa checkpoint yang boleh kita berhenti untuk tengok tasik biru daripada atas.

Pemandangan dari check point #1

kemudian pendakian diteruskan lagi sehingga jumpa tasik empangan milik SAJ sebelum ke laluan keluar dari tasik biru. 

Tasik empangan SAJ sebelum ke laluan keluar


Kekal Segar dengan Performance Drink


Sampai sini kami berhenti dulu untuk isi perut, sebelum datang sempat singgah stesen minyak Petronas beli roti sikit. Tambah tenaga dulu. Memang agak mencabar kalau tak pernah mendaki bukit ataupun gunung. Penat bukan main haha !

Bekalan emergency dikala mendaki

Masa naik tu kalau tak minum air banyak sebab takut berat korang boleh bawa air isotonik untuk kekal cergas. Contoh air performance drink nih. InshaAllah cepat je bertenaga balik. Dan lagi satu, bawa juga krim sapu untuk emergency contoh terjatuh ke, luka atau kena gigit nyamuk ke. 

Dalam hutan kadang2 kemalangan kecil boleh berlaku. Moga2 tidak la kan, cuma nya bersedia je.

Tangga yang mencabar minda dibelakang kami sebelum naik ke laluan keluar

Tangga nih memang tinggi dan curam. Langkahnya juga besar-besar memang kena kuat sikit masa nak naik tangan kena tarik satu badan. Agak mencabar minda saya masa nih.Fuhhh !

Okey, lepas dah jumpa dua tasik milik SAJ nih dan kita akan menuju ke arah exit ke parking lot tadi semula. Jalan nya lebih mendatar dan menurun. Cabaran masa menurun ialah kaki akan berjalan sambil menahan berat badan. Jadi, kalau penat tu boleh berhenti sekejap. 

Tasik selepas tasik biru yang bersambung dengan empangan SAJ

Di sini sepatutnya tak boleh mandi /berenang/ buang sampah atau buat kotor ye. Kena ingat air empangan untuk kegunaan umum. Tak nak la kan kotor2, tak best kan. Jaga alam sekitar.


Hiking salah satu terapi stress hehe

Masa nih kami banyak berhenti sebab penat juga. Alhamdulillah impian mendaki ke Tasik Biru terlaksana juga akhirnya. Lagi-lagi bila lama tak hiking nih bila dah naik balik memang rasa nak pergi lagi.

Dengarnya kawasan hiking nih akan ditutup atas dasar keselamatan orang ramai. Tak pasti betul atau tidak. Nanti kita update lagi. 

Harapan nya moga dapat peluang hiking lagi disini. Bestt sangat.

Last but not least, thank you so much kak Mimi & Yot and Naza , lain kali kita pergi lagi. InsyaAllah.


Pesanan khas :

Hubungi saya Haulia 
Pengedar Shaklee Malaysia

COD area Bandar Putra, Senai, UTM Skudai dan kawasan sekitarnya.
Perkhidmatan pos ke seluruh Malaysia termasuk Sabah & Sarawak

(PosLaju/Nationwide/Citylink/GDEX)

Follow FB : haulia.razali

CLICK SINI : +60129054745   

Disclaimer : *Produk-produk ini tidak bertujuan untuk membuat diagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit.

2 comments:

  1. Cayalah! Hebat sangat.. Bila laa nak ada kekuatan nak pi Hiking nie, ekeke...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Chaiyok ! sekali naik nak naik berkali-kali lagi..hehe

      Delete

Categories

alpha lipid SDII murah Amanah Allah aneamia Antioksida antioksidan arteri tersumbat banner percuma bell palsy bell's palsy Berat Berlebihan Bercuti ke Bukittinggi bercuti ke jakarta chewable vitamin c chicken pox Collagen CoQ Heath Plus Darah Tinggi demam demam campak detox DTX Complex ESP ESP Shaklee Euphoria Shaklee NDT 2017 Garlic gastrik GLA Complex Herb-lax herbal blend Hiking ikhtiar doa sembuhkan patah tulang ikhtiar pulihkan gastrik immune system iron Join ahli shaklee join shaklee Joint Health Tablet journey to the East kahwin Kebaikan ostematrix shaklee kehamilan KENCING TIDAK LAWAS kencing tikus Keracunan Makanan Kesihatan Hati kesihatan ibu hamil Kesihatan jantung kesihatan tulang. kebaikan kalsium khasiat bawang putih Kota Kinabalu kulat air Kulit cantik kurang bertenaga kurang darah Kurangkan Bengkak Susu kurus Landmark Study lawas Lecithin Leptospirosis Melawat Yogyakarta Indonesia mengandung Mighty 3 Gems minyak ikan Monolog Motivasi murah Naikkan traffic blog Obesiti Omega Guard Padang Indonesia patah dan retak tulang tulang Peluang Biz Online pengajian Pengedar Shaklee kulai Pengedar Shaklee Kulai dan skudai Penuaan Sihat PEPPERMINT GINGER PLUS Performance Drink Performance Drink (PD) petua naikkan like Potty training Promosi Shaklee Mei 2017 Promosi Shaklee November 2017 Protein Terbaik rehydrates Resdung ruam panas SAKIT KEPALA sakit lutut sakit sendi SAKIT SENDI DAN LUTUT sambal udang sedap sembelit senggugut SEO SET BERPUASA Set Detox set hamil Set Kulit cantik Set menyusu SET PENYUSUAN shaklee Shaklee Baby Shaklee Motivation Rally slim dengan shaklee Slip Disc SR Vitamin C Supplement Set untuk student Tasik Biru Kangkar Pulai Testimoni ostematrix shaklee The radiant 4 Tiroid Training dan seminar vita-lea vitamin E Vitamin shaklee Vivix Xi'an China zat besi