Powered by Blogger.

Pengalaman Hiking di Gunung Pulai I Johor

Assalamualaikum semua, 

Nak update lama dah naik gunung pulai dengan kawan2 seangkatan November 2017 lepas. Seronok sangat sebab lama dah kot tak mendaki nih. Last naik pun Bukit Broga masa balik kampung. Alhamdulillah kali nih berjaya jugak naik Gunung Pulai nih dengan kawan2 yang havoc & Sporting.

Okey, mula-mula sebelum naik , seharusnya kalau dapat pastikan kita fit dan bersedia mental fizikal dulu. 

Try jogging setiap hari ke dalam minimum 2km macam tuh. 


Kenapa kita kena bersedia dari segi kekuatan fizikal nih? 
  • Pertamanya, dari experience saya sendiri, kita ni dah biasa dalam comfort zone gitu, naik gunung tu bukan mendatar jalannya, elevated !.  
  • Mendaki ke atas tu bukan senang untuk yang tak pernah cuba atau dah lama tak mendaki termasuklah saya.
  • Badan melawan graviti 9.81 m/s2 wah dan melawan berat kita sendiri lagi untuk sampai ke puncak. Jadi, keluar dari our own fantasy gitu.
Ada orang memang dah fit walaupun tak bersenam ke atau workout sebelum naik gunung okey je kan. Ikut juga badan masing-masing. Tapi digalakkan sangat untuk bersedia.

OK, sambung balik perjalanan ambil masa dalam setengah jam daripada Senai atau Kulai. Sebelum ke arah tol kulai, belok ke kiri dan teruskan sampai jumpa signboard ke Gunung Pulai. Jalan agak penuh dengan lori dan kenderaan besar. 

Hati2 inshaAllah jumpa.


Apa lagi, gambar dulu laa kan heehe

Gambar wajib sebelum naik
Masa mendaki , kami guna laluan hutan ke puncak. Kat sini track naik ada dua, guna tar atau jalan hutan. Kebanyakan yang naik guna jalan tar. Sakit lutut nak turun tuh..huhu.


Jalan masuk untuk laluan hutan
Masa ni bawa sekali anak, kawan pun bawa anak2 dia. Bagi pendedahan awal, hehe. Alhamdulillah anak2 semua seronok sebab masa turun tu lalu ke air terjun. 


Mendaki ke puncak
Pemandangan puncak

Masa naik walaupun agak licin sebab musim hujan tapi alhamdulillah berjaya sampai ke puncak. Cuma masa turun memang agak mencabar juga lagi2 untuk anak. 


Takut tergelincir, tapi berkat kerjasama kerja teamwork semuanya selamat turun.

Turun ke bawah

Bila dah sampai bawah antara tarikan menarik ialah air terjun laa kan. Jom layan gambar kat air terjun.



Terus terjun tak tengok belakang dah
Anak-anak paling seronok main air.


Makan dulu sebelum balik..Laparr hehe

Habis dah, jomm balik. Seronok aktiviti mendaki atau hiking nih, lagi-lagi kita mendaki tu beramai-ramai. Baru meriah hehe.

Thank you again to Kak Mimi and family sudi bawa saya dengan Aisyah. Untill next time . Bye.

Nak order Shaklee jangan lupa whatsapp saya keh, Thank you all.


Hubungi saya Haulia Pengedar Shaklee Malaysia


COD area Bandar Putra, Senai, UTM Skudai dan kawasan sekitarnya.
Perkhidmatan pos ke seluruh Malaysia termasuk Sabah & Sarawak
(PosLaju/Nationwide/Citylink/GDEX)

Follow FB : haulia.razali

KLIK SINI : +60129054745   

Disclaimer : *Produk-produk ini tidak bertujuan untuk membuat diagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit.

8 comments:

  1. Bestnya main air!! Berendam tak ingat nak naik nanti :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul..hehe..target nak main air tu sebenarnye :)

      Delete
  2. Best juga ya aktiviti macam nie..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah betul kak Sue, sambil cergaskan badan :)

      Delete
  3. salam kak boleh bgi info laluan hutan x.. ingt nk hiking ahad ni.. nak tau simpang masuk dia dgn trek jelas x..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam, laluan dia dari bawah akan nampak signboard Hutan Pelajaran dari kanan. Masuk ikut situ ikut je trail hutan. Ramai masuk. Better first time ikut orang yang biasa.

      Delete