Powered by Blogger.

Petua Didik Anak bertanggungjawab Sejak Kecil

Sejak anak saya yang pertama lahir , saya masih lagi bekerja seperti ibu-ibu lain yang bekerja. Ada masa kadangkala saya terpaksa pulang lewat dari office dan ada masa awal. Anak yang pertama saya dijaga oleh ibu mertua dan ibu saya berselang selama dalam beberapa tempoh masa. Dan selepas anak dah mula nak belajar berjalan saya dan suami decide untuk hantar ke pusat jagaan.

Sehinggalah kami pindah ke Johor saya sambung belajar di UTM untuk Master Degree dan pregnant anak kedua, Danial. Lepas tu dah mula pasang angan-angan nak cari pendapatan daripada rumah apabila masa sesuai. Saya kerja semula selepas Danial lahir sehingga suatu tempoh waktu dan akhirnya saya ambil keputusan resign. 

Jadi, apabila saya mula jaga anak2 dirumah secara fulltime, mulalah kan macam-macam perangai anak-anak keluar. hehe. Selama nih di taska petang, kadangkala malam baru balik ke rumah. Anak-anak pun dah penat dan tidur awal.

Biasanya apabila kita sebagai ibu dirumah anak-anak akan lebih manja sampai adakala menguji kesabaran juga. Jadi, saya fikir saya perlu usahakan supaya anak-anak lebih berdisiplin dalam setiap perkara yang mereka lakukan dan akhirnya mendidik mereka menjadi lebih bertanggungjawab.

Saya juga ada merujuk pada perbincangan dengan ibu-ibu yang lain, serta beberapa bahan bacaan tentang keibubapaan dan pendidikan anak dirumah. 

Aisyah dan Danial

Antara Petua-petua untuk mendidik anak lebih berdisiplin dan bertanggungjawab ialah :


  • Jika masih kecil, ajarkan mereka selepas menyusu tu hantar botol susu kosong terus ke sinki dapur. Tunjukkan bahawa botol itu perlu dibasuh selepas guna.
  • Barang mainan pula seharusnya selepas main ajarkan supaya tidak ditinggalkan begitu sahaja. Saya letakkan syarat jika masih bersepah sehingga waktu hendak tidur maka mainan itu akan disimpan selamanya. Atau sehingga mereka belajar untuk mengemas barulah mainan itu dikembalikan.
  • Untuk anak yang dah mula bersekolah pula, sejurus sampai dirumah tudung dan baju sekolah yang telah kotor diletakkan di laundry basket atau sangkutkan di penyidai. Kalau letak di lantai atau bersepah saya akan masukkan dalam tong sampah kertas. (Maksudnya masih tong sampah sebab kalau tong sampah biasa nanti kotor teruk pula kan..hehe)
  • Bekas makanan dan minum yang dibawa mesti dibasuh sendiri. Tapi kita sebagai ibubapa pantau juga, sebab kadangkala anak2 basuh pun belum sempurna masih berminyak dan sebagainya. Yang penting first hand basuh adalah anak untuk setiap kali dia makan atau bekas makanan mereka. 
  • Lagi, antara yang saya praktikkan adalah setiap kali lepas keluar ke pasar raya atau bermain di taman, sampai rumah mesti basuh kaki ini mengajar mereka tentang pentingnya kebersihan diri.
  • Selain itu, untuk anak yang dah bersekolah selepas bangun tidur katil mesti dikemas dan selimut dilipat. Jika bersepah, duit belanja sekolah akan diberi separuh sahaja. Anak membawa bekal ke sekolah jadi bukanlah kata tak beri makan pula ye. Cuma nak memdidik mereka tentang pentingnya sentiasa dalam keadaan kemas dan bersedia. 

Dalam hal-hal mendidik anak-anak nih kadangkala kita akan diuji kesabaran yang sangat tinggi. Andai kata kalau dalam usaha nak mendidik anak belum berapa menjadi atau anak-anak memberontak dan melawan, kita perlu terangkan dengan lembut dan tegas kesan daripada sikap mereka yang tidak baik. 


Jika anak-anak belum berjaya ikut peraturan dan bertindak dalam keadaan yang tidak baik dan bukan yang sepatutnya, janganlah kita tertekan. 



Kita juga dalam proses belajar untuk jadi ibubapa yang terbaik. Setiap daripada kita punyai kekurangan namun tak bererti kita harus menyerah kalah dalam perjuangan menjadikan anak-anak kita insan yang berguna kelak.



Kita cuma mungkin belum capai kejayaan, bukan bermaksud kita 
telah gagal.

Alhamdulillah, moga keluarga kita semua dalam rahmatNya yang Esa dan sentiasa dalam lindunganNya yang Maha Kuasa. InshaAllah.


So, macam mana ibu2 yang lain pula? Jom share cara didikan anak anda di komen. 


Cetusan pendapat; 

25/01/2018

12 comments:

  1. betul.. mendidik anak menjadi seorang yang bertanggungjawab bukan bermakna kita lepas tangan sebaliknya mempersiapkan anak-anak menjadi lebih matang dan berani..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kann, kadangakala memang menguji kesabaran tapi demi masa depan anak kena juga la berperaturan dan ajar disiplin daripada kecil2 lagi nih.

      Delete
  2. good sharing sis..cikyan suka.. mmg penting ada cara didik anak2 dr kecil.. supaya mereka berdisiplin..ckyan pon harap satu hari, cikyan mmapu didik anak2 jd berdidiplin.. hormat org tua... semoga anak2 kita adalah anak2 yg soleh ya sis !

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah, inshaAllah moga2 anak kita semua jadi yang terbaik dunia akhirat amin :)

      Delete
  3. memang kena didik anak jadi bertanggungjawab.. kalau dah main mesti kena kemas. kalau dah makan mesti kena cuci pinggan, kalau balik sekolah,baju kotor masuk kat bakul laundry...

    nanti dah besar akan terbiasa...

    psssttt terima kasih join Segmen Nak URL Blog #33. Blog anda ada di http://www.mialiana.com/2018/01/senarai-url-blog-33.html

    ReplyDelete
  4. blogwalking dari segmen mialiana.com :)

    ReplyDelete
  5. Nice sharing.. semuanya kena bermula dari kecil kan sis..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah betul2, semoga bermanfaat sis.

      Delete
  6. ibu yang cerdas menghasilkan anak2 yang cerdas...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya benar , terima kasih komentarnya

      Delete

Categories

Amanah Allah aneamia Antioksida antioksidan arteri tersumbat Ayam Masak Sos ala Korea banner percuma Basic H bell palsy bell's palsy Berat Berlebihan Bercuti ke Bukittinggi bercuti ke jakarta bisnes shaklee mudah bukit broga chewable vitamin c Collagen CoQ Heath Plus Darah Tinggi demam detox DTX Complex ESP ESP Shaklee Euphoria Shaklee NDT 2017 food and travel Garlic gastrik GLA Complex Gunung Pulai Johor Herb-lax herbal blend Hiking ikhtiar doa sembuhkan patah tulang ikhtiar pulihkan gastrik immune system iron Join ahli shaklee join shaklee Joint Health Tablet journey to the East kahwin Kebaikan ostematrix shaklee kehamilan KENCING TIDAK LAWAS kencing tikus Keracunan Makanan Kesihatan Hati kesihatan ibu hamil Kesihatan jantung kesihatan tulang. kebaikan kalsium khasiat bawang putih kongsi resepi Kota Kinabalu kulat air Kulit cantik kurang bertenaga kurang darah Kurangkan Bengkak Susu kurus Landmark Study lawas Lecithin Leptospirosis Melawat Yogyakarta Indonesia mengandung Mighty 3 Gems minyak ikan Monolog Motivasi murah Naikkan traffic blog Obesiti Omega Guard Padang Indonesia patah dan retak tulang tulang Peluang Biz Online Pendidikan anak pengajian Pengedar Shaklee kulai Pengedar Shaklee Kulai dan skudai Pengedar Shaklee UTM skudai penjagaan kulit muka Penuaan Sihat PEPPERMINT GINGER PLUS Performance Drink Performance Drink (PD) petua naikkan like Potty training Promosi Shaklee Februari 2018 Promosi Shaklee Mei 2017 Promosi Shaklee November 2017 Protein Terbaik rehydrates Resdung resepi ikan resepi sotong review ruam panas Sakit Bahu dan Sendi SAKIT KEPALA sakit lutut sakit sendi SAKIT SENDI DAN LUTUT sambal udang sedap sembelit senggugut SEO SET BERPUASA Set Detox set hamil set Ikhtiar Hamil Set Kulit cantik Set menyusu SET PENYUSUAN shaklee Shaklee Baby Shaklee Motivation Rally Sijil Halal slim dengan shaklee Slip Disc SR Vitamin C Supplement Set untuk student Tanjung Adang Tasik Biru Kangkar Pulai Testimoni ostematrix shaklee The radiant 4 Tiroid Training dan seminar Training dan seminar Shaklee vita-lea vitamin E Vitamin shaklee Vivix Xi'an China YOUTH ® SkinCare zat besi