Powered by Blogger.

Vision Board : Kenapa Anda Perlu Ada dan Buat Tahun 2018

Minggu lepas hari sabtu, Kak Olie berkesempatan nak pergi kelas anjuran bersama Master-Master hebat dalam bisnes Shaklee dalam kelas Shaklee Breakthrough. 

Antara panel mentor ialah Master Dato' Haji Roslan Ghazali, Masters Ust. Bakhtiar dan Dr.Normi , Master Farihah juga Master Farhana.

Antara aktiviti yang dipelajari ialah kepentingan kena fahami BIG WHY sendiri apabila berbisnes.  

Kenapa perlu ada BIG WHY yang besar dan zahirkan kepada Papan Visi atau Vision Board masing-masing. 


Jadi, hari nih saya nak share kebaikan ada vision board untuk tahun 2018 ini dan bagaimana cara nak buatnya.

Kepentingan Tulis Impian Pada Vision Board


Vision Board adalah suatu bentuk wakil visual atau gambaran peristiwa / matlamat / impian yang anda ingin nampak  dan cipta. 

Ianya berfungsi bantu anda menjana idea tentang apakah yang anda akan lakukan untuk mencapai matlamat anda. Dan apakah cara yang akan membantu anda mencapai matlamat tersebut.

Cara Buat Vision Board :

  1. Himpunkan semua matlamat yang realistik yang ingin anda capai/miliki,
  2. Setkan tarikh/jangkamasa target matlamat tersebut akan dicapai/miliki,
  3. Lengkapkan maklumat matlamat tersebut;

Contoh :

  • Matlamat anda   : Impian miliki sebuah rumah ( 1st @ 2nd )
  • Tarikh/Jangkamasa : March 2019 (Dah sign S & P rumah )
  • Detail rumah  : Rumah teres setingkat (22” x 70” , 3 Bilik Tidur 2 Bilik air) area Bandar Kajang Selangor.

Lepas tu paksa diri kumpulkan majalah2 yang berkaitan dan/atau cetak petikan motivasi yang suka dan potongkan bahagian majalah yang berkaitan dengan matlamat anda dan tampalkan pada sehelai kertas manila yang besar/kecil terpulang pada anda.

Susun ikut timeline ikut Short-term dan Long-term target ikut kreativiti anda.

Jika ada matlamat yang melibatkan bajet juga anda boleh masukkan juga dan letak kos pada setiap matlamat anda.

Nah ! Dah siap letak pada tempat yang korang boleh tengok hari2. Ambil semangat fuhhh !

Cara nak guna Vision Board?

  • Okey,part yang nih, antaranya korang boleh rekod progress dalam jurnal harian. 
  • Apa aktiviti yang dah korang buat hari ni dalam plan nak mencapai matlamat tersebut.
  • Contoh kalau nak pergi bercuti kos anggaran RM3500/person target Disember 2018 so ada lagi 9 bulan ( 3500/9 = sebulan kena save atleast RM389 lagi banyak lagi bagus)
  • Tak cukup duit nak save sebab belanja keperluan besar, so plan tindakan buat biz online , join group Shaklee Kak Olie ke macam tuh. 
  • Modal rendah je RM79.50 ( ni dah termasuk GST & Pos). 

Last but not least, kena banyak bertanya pada mentor jika ada. Tiada kena cari. 

Dan semestinya kebergantungan kita pada our own faith (ikut kefahaman masing2), teruskan berdoa dan tingkatkan kebergantungan pada Allah S.W.T jika muslim, yang mengabulkan doa hambaNya yang soleh/solehah. 


InshaAllah saya doakan kita semua berjaya dalam bidang masing2. :)

4 comments:

  1. Wah, bestnya. Tq Olie sebab share pasal vision board.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama2 kate anda good luck, moga berhasil ya kali nih. :)

      Delete
  2. bagus jug aada vision board nih

    ReplyDelete
  3. Bagus boleh track mana2 target kita tu dah tercapai ke belum ..boleh cuba.

    ReplyDelete