Powered by Blogger.

Rahsia Resepi Masak Lemak Cili Api Sedap dan Mudah

Assalamualaikum semua, minggu lepas ada new opening restoran baru di sekitar kawasan Senai Airport. Restoran 100% masakan Negeri Sembilan haahh mau tak excited Kak Olie. Sejak duduk di Johor sebenarnya memang jarang sangat jumpa restoran atau tempat makan yang betul-betul pure resepi orang noghori.

So, inshaAllah dalam masa terdekat mahu juga la try tempat makan baru nih. 

Anyway, Kak Olie nak share dengan korang rahsia nak buat ayam masak lemak cili api sedap macam makan kat Rembau ke atau Seremban atau Sesapan Batu Minangkabau. 

Tau tak tempat tu? hehe

Kak Olie masih belajar lagi 


Okey mula2 resepi Masak Lemak Cili Api kat bawah nih :


  1. Ayam                  400 ke 500 gram (1/2 ekor ayam sederhana)
  2. Bawang merah  4 biji
  3. Bawang putih    2 biji
  4. Halia                   1 inci ( agak2 jela)
  5. Cili api                5 biji ( tumbuk halus)
  6. Serai                    1-2 batang
  7. Santan kotak     ( 3/4 kotak) 
  8. Asam keping/gelugor 1 keping
  9. Garam sesedap rasa
  10. Gula 1 sudu 
  11. Kentang 1 biji potong 6 bahagian
  12. Serbuk kunyit 1/2 sudu teh (sikit sahaja)
  13. Bahan perasa /stok ayam ( optional)

  • Cara-cara nya mula2 tuh hiris la nipis-nipis bawang dengan halia tu.

  • Kemudian ayam yang dah dibersihkan tuh letak dalam periuk dan buka api perlahan. Kita panaskan ayam tanpa apa-apa bahan sambil tuh letak bahan-bahan hiris tadi semuanya dan gaulkan dengan ayam tadi.
Lebih kurang macam nih gaulkan semua

  • Kemudian tambah cili dan santan yang dah dicairkan sedikit. 

  • Kalau guna santan kotak tuh jangan masukkan terus dari kotak ye kawan2. Cairkan dulu dengan secawan air, kacau dan baru masukkan dalam periuk.

  • Okey, sekarang kacau-kacau dan tambah sedikit serbuk kunyit. Kacau dan bila dah mula berasap masukkan kentang.

  • Dah mula nampak warna kuning kan so kacau jela sampai la mendidih dan santan masak, kentang empuk. Dan, jangan lupa garam dan gula secukup rasa serta asam gelugor ye.
Kena sentiasa dikacau untuk elakkan santan berketul-ketul

Okey Jom baca Tips Masak Lemak Cili Api Sedap


Ikut petua mak Kak Olie yang memang pure orang minang , nak sedap bawang tu kena bilangannya genap. Kalau bawang merah 4, maka bawang putih 2 dan gandaan seterusnya laa. 

Kemudian, yang menjadikan masak lemak sedap ialah santan tak boleh berketul masa masak, jadi api kena perlahan dan kuah sentiasa dikacau sehingga masak bahan dan santan. 
ikut cerita mak, arwah Atok pantang sungguh kalau santan berketul boleh tak jadi makan..hehe 

Lagi satu, rasa garam ,gula asam mesti seimbang. Halia tak boleh terlebih nanti rasa masak lemak nih akan pahit. Jadi agak-agak ye. 

Nak sedap tambahkan sedikit serbuk kari semasa dah mula santan nak masak. Sikit saja, macam secubit macam tu jela.
 
Last but not least, kena dimasak dengan penuh kasih sayang baru laa paling sedap.

So , kalau bercita-cita nak try buat Masak Lemak Cili Api sedap menjilat cari inshaAllah boleh la cuba resepi Kak Olie share nih.


Dah baca ke, jomm komen sikit 😃

Love to share;


8 comments:

  1. Boleh try nie, tip masak lemak cili api sedap tue memang ohsem 😋😋

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha, tq Nur. Itu tips turun temurun tu. Actually kalau santan cair atau berketul memang patah selera nak makan masak lemak nih tau .

      Delete
  2. Petua org minang tu yg mahal

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul2, siap bilangan bawang kena betul tuh. Kalau ikut mak kena follow betul2.

      Delete
  3. memang senang nak masak lemak cili api

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah masak lemak tak susah cuma penat sikit bile kena tunggu depan periuk kacau santan sampai masak tuh hehe

      Delete
  4. Allahuakbar, nampak sangat menyelerakan ni puan..

    ReplyDelete