Powered by Blogger.

Jalan-Jalan ke Pantai Jason's Bay Tg.Sedili Johor

Sempena cuti Hari Kemerdekaan yang ke -61 lepas, kami sekeluarga decided nak bercuti ke sekitar Desaru, tapi sebab tempahan hotel tak dapat dibuat sebab penuh jadi teruskan pemanduan ke sekitar Sedili. 

Ini kali pertama saya jejakkan kaki ke sini. 

Sepanjang perjalanan dari Tg.balau ke Sedili nih jalan nya agak sunyi dan lalui kawasan estet dan juga hutan. Paling tak dapat lupa bila nampak pantai Tanjung Buluh yang sangat cantik. 



Tapi kami teruskan perjalanan menuju ke Jason Bay atau Pantai Teluk Mahkota di Kampung Sg.Gading,Sedili. Sampai saja terus kami ke Jason Bay Beach Resort yang betul-betul terletak berhadapan dengan pantai. 

Kawasannya yang sangat cantik sangat memukau untuk stay semalam disini, tapi malangnya kami tak dapat bilik sebab dah penuh. 


Jadi, kami teruskan dengan aktiviti mandi manda air pantai dengan anak-anak. Di sini terdapat banyak gerai makan dan restoran. Jadi, tidak susah nak cari makanan disini. Ada tandas awam dan ramai pengunjung yang datang memilih untuk berkhemah di sini.



Disebabkan masa yang kami datang peak jadi memang ramai pengunjung parking agak penuh. Kelebihan pantai Jason Bay antaranya ialah jarak tempat berteduh lebih dekat berbanding pantai Tg.Balau dekat dengan Desaru.

Selesai aktiviti mandi dan santai di pantai, terus kami memandu ke kawasan jeti Tg.Sedili sebelum pulang. Sampai je terus nampak kedai jual keropok lekor dan ikan masin. 




Mesti la kena singgah kan sebab kami ni peminat keropok lekor kering dan basah. Beli sedikit dan juga sos pencicah istimewa untuk dibawa balik. 

Untuk perjalanan balik ke Kulai, kami pilih jalan melalui Felda Bukit Aping ke Waha dan terus ke Kota Tinggi. 

Untuk info di Sedili kami tak jumpa tempat untuk isi minyak kereta jadi kami ke Petronas simpang Felda Waha. So, kalau nak ke sini better isi minyak penuh supaya tak kelam kabut cari stesesn minyak nanti.

Sampai je di Kota Tinggi, kami singgah di Restoran Masakan Laut Hassan Ong ( Kedai masakan cina muslim) untuk rasa masakan paling famous disini iaitu masakan berasaskan daging rusa. 


Alhamdulillah selesai makan di kedai ni ada disediakan ruang untuk solat yang sangat besar. Selesai solat kami bertolak pulang ke Kulai ikut Ulu Tiram ke Senai.


Hubungi saya Haulia Razali

Pengedar Shaklee Malaysia ID 890792

COD area Bandar Putra, Senai, UTM Skudai dan kawasan sekitarnya.
Perkhidmatan pos ke seluruh Malaysia termasuk Sabah & Sarawak

(PosLaju/Nationwide/Citylink/GDEX)


Follow Facebook : haulia.razali

   Klik untuk Whatsapps : +60129054745   

Disclaimer : *Produk-produk ini tidak bertujuan untuk membuat diagnosis, merawat, 
menyembuh atau mencegah sebarang penyakit.

No comments