Powered by Blogger.

Pengalaman Melancong Beli Souviner Murah Seoul Korea Selatan - Part 2

Okey jom sambung lagi cerita perjalanan ke Korea kita nih,

Hari ke -2 

  • Nami Island (naik train ke Gapyeong)
  • Makan tengahari - Asian Family Restaurant Dongmoon (Nami Island)
  • Migliore Dongdaemun ( Misi cari souviner murah)
  • Dongdaemun Design Plaza (DDP)
  • Myeondong Streets (Makan Malam Restoran Yooganae)
  • Jalan cari mask murah + Seaweed 

Pekena kopi barang secawan - Mengantuk lagi masa nih hehe
Naik train ke Gapyeong dan naik teksi ke terminal feri ke Nami Island. Kira excited sikit hari nih sebab dah tidur cukup malam sebelum dan nak tengok tempat filming drama Winter Sonata.


Kenangan depan terminal

Makan tengahari di Nami Island - Chicken Gakgalbi dengan nasi dan side dishes

Dekat restoran ni ada disediakan surau dan tandas berbidet di bahagian atas. Memang sangat selesa dan ada kawasan untuk kanak-kanak bermain dan membaca.


Akhirnya jumpa juga hehe
Dah habis berjalan dan explore Nami Island makan perjalanan diteruskan ke tempat seterusnya.

Sebahagian rekabentuk DDP
LED Rose di DDP cantik kan?
I Seoul U di depan DDP 
Di bangunan Migliore Dongdaemun - Kawasan wholesale dari baju nya bag sampai la souviner murah

Makan Malam di Restoran Nasi Lemak D'Seoul Myeondong

Habis je rehat sekejap dan makan malam, misi mencari mask dan kosmetik murah pun bermula, grab promosi Nature Republic share dengan adik beradik murah jadinya. Memang kalau diikutkan hati nak borong semua hehe.


Singgah store ni beli Seaweed bawa balik
Nasib baik juga tempat menginap sangat la dekat dengan Myeondong Streets nih, so tak berkejar sangat nak jalan semua lorong yang ada hehe.

Dah habis perjalanan seharian di Korea nanti sambung lagi. 

Terima kasih baca Part 2 ---Sambungan Part 3


2 comments:

  1. wahh bestnya jalan korea. bila boleh pergi ni

    followed here #49

    ReplyDelete